"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GB SK Sri Pristana bengang, kutuk pemimpin Umno!!

laniismaa

“Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya,” luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor yang terlibat insiden bilik persalinan yang dijadikan tempat makan murid-murid bukan Islam.

Dia mengungkit kerana telah bertungkus lumus untuk Umno semasa PRU lalu sehingga tak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya ketika mengidap kanser. Setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.
Bukti Pengetua dan Guru Besar seluruh negara menjadi ‘taik’ Umno sepanjang masa.
GB tersebut kini diarahkan bercuti oleh JPN Selangor selama seminggu dan keputusan akan dibuat selepas itu. Beliau juga membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada jam 11 pagi hari ini kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya. Beliau mendapat panggilan panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut.

Biasanya guru-guru yang kena, sesekali kita dengar pula GB Umno yang kena!! - eresipi

1 ulasan:

kampong lad berkata...

mana lebih baik (dituntut) antara bekerja bertungkus lumus & berkhidmat sepenuh jiwa utk umno dgn bekerja bertungkus lumus & berkidmat sepenuh jiwa hanya kerana allah. yg selalu lupa atau buat2 lupa ialah manusia, allah tak pernah lupa. peringat utk fanatik2 parti politik.