"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jawapan “pengedar pil kuda” kenapa umum saman Hadi ketika PRK K Besut

laniismaa
Mohd-Shamsul-Mat-AminMohd-Shamsul-Mat-AminNampaknya terasa hati benar bekas calon PKR, DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin serta dua yang lain dengan kenyataan “pengedar pil kuda” TG Haji Hadi. Gamaknya diakah “pengedar pil kuda” tersebut?
Mohd Shamsul Mat Amin serta Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd Yusof (Seberang Takir) memfailkan saman fitnah terhadap Presiden PAS kerana didakwa memfitnah. Dia berkata, dia kemurungan, kurang keyakinan diri dan yang paling menjatuhkan maruahnya ialah masyarakat menganggapnya pengedar pil kuda.

Pelik dan ramai mempertikaikan kenapa diumumkan semasa PRK Kuala Besut. Tulis MSO di FB;

…Saman itu adalah hak bekas calon berkenaan sekiranya tuduhan itu mendatangkan masalah kepadanya. Tetapi kenapa diumumkan tindakan itu menjelang hari mengundi di Kuala Besut? Tindakan-tindakan tidak bijak politik beginilah yang menjadi penyakit dan menjejaskan peluang Pakatan untuk menang. Kalau ya pun nak saman Hadi kenapa diumum sekarang kenapa tidak selepas hari mengundi. Inilah politik dan bentuk setiakawan dan kerjasamanya.. tidak langsung mencerminkan keilhlasan dan dendam terus dibalas. Adakalanya tindakan orang politik lebih bodoh dari rakyat yang dipancing untuk dapatkan undi. – MSO

Rupa-rupanya dendam kepada TG hadi menyebabkan dia membuat laporan polis dan kenyataan media dua hari sebelum hari pengundian PRK Kuala Besut. Ditanya kenapa,

“Sebab Abdul Hadi buat kenyataan masa dah dekat pilihanraya, jadi saya rasa patutlah jika saya buat kenyataan ini pada masa sebelum pilihan raya kecil ini. Lagipun di sini ramai wartawan, jadi saya rasa kenyataan saya akan mendapat liputan meluas.”

Jawapan bebudak PKR yang perlu disekolahkan lebih mendalam oleh Anwar Ibrahim.

Kata-kata TG hadi pada 22 April ketika berceramah di Kampung Tebakang, Mukim Alor Limbat, Marang;

“Ada calon-calon yang kita khuatir, berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang PAS tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” – Abdul Hadi.

Anwar perlu banyakkan tazkiran kepada orang-orang PKR berkaitan setiakawan dan kerjasama dan perihal masa sesuai untuk menyaman!! - Lagi.MY

Tiada ulasan: