MOHD AZLIM ZAINURY
Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman
MARANG: Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.
Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.
Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.
“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.
Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.
“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.
4 ulasan:
ala, d kg saya masa kecik kecik dulu bila ada hujan and guruh serta petir pasti banyak ketam rama-rama ni keluar..d tanjung piai kita panggil ketam rama-rama...ekor nye to klo bertelur wow..enak..sepit dia kecik tak banyak isi...tapi telur dia sedap..sekarang sudah tak ada atau uddah pupus kot..
Ketam ketak aku biasa tangkat Muslim bah..sedap kalau direbus..Ada jug a orange buat ubat penyakit as a..mujarab
Spesis udang Kara...mama dial ketam ketak, banyak terdapat dikawasan air masin dekatbkuala atau sungai..boleh dimakan..kalau yang berteluk lag I sedap..muslin both senang tangkap dial keluar dari lubang busuk..Ada jug a orange makan untuk sakit as a..mujarab
763
Spesis udang Kara...mama dial ketam ketak, banyak terdapat dikawasan air masin dekatbkuala atau sungai..boleh dimakan..kalau yang berteluk lag I sedap..muslin both senang tangkap dial keluar dari lubang busuk..Ada jug a orange makan untuk sakit as a..mujarab
763
Catat Ulasan