"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terima kasih Wafa dan Sara kerana kejutkan Mufti yang sedang tidur!

tokpepijat
Peranakan kacukan terutama Pan Asia memang cerdik tapi jahil!

Antara kejahilan mereka :

i) Mereka tahu ada peraturan melarang orang Islam masuk Pertandingan Ratu Cantik.
ii) Aurat bagi mereka hanyalah sekadar tutup tubuh badan sahaja tanpa tutup kepala.
iii) Mereka anggap fatwa mengenai haram masuk Ratu Cantik adalah lapuk zaman sekarang.

Bagaimanapun Sara dan Wafa juga cerdik. Mereka berdua persoal mengapa wanita Islam "dihalalkan" oleh sekalian mufti Malaysia (kerana tiada fatwa haram) untuk memasuki acara gimnastik dan renang.

Lihatlah nama-nama Islam seperti Hidayah Wahid dan Nurul Fatihah Hamid begitu "bebas dan riang" tanpa gangguan seluruh Mufti Malaysia untuk melakukan "aksi erotik" di atas gelangang dengan pakaian yang lebih seksi dari Ratu Cantik.

Mengapa berlaku "fatwa double standard" ? . Itulah maksud mereka berdua.

Sebenarnya hikmatnya isu ini di bulan Ramadhan memberi pencerahan tentang fungsi Fatwa dan fungsi Mufti.

Janganlah anggap apabila " dua budak mentah" yang jahil ini persoal tentang perkara ini, terus kita melenting dan tuding jari.

Bagi kita "budak mentah" ini tidak bersalah untuk persoalkan fatwa ini.Bukankah mereka berdua jahil?

Sekarang tugas Mufti Seluruh Malaysia untuk menjawab tentang "fatwa double standard" ini.

Jika kita anggap "budak mentah" ini kurang ajar kerana berani mengatakan fatwa ini lapuk, apakah Mufti juga boleh kita anggap sebagai "dayus" kerana tidak berani membuat fatwa tentang pembabitan anak gadis kita dalam acara sukan seperti gimnastik dan renang?

Sudah puluhan tahun acara ini berada di persada sukan samada MSSM,SUKMA dan Olimpik . Tiada fatwa diwartakan.

Antara dayus dan kurang ajar, dayus lebih teruk di sisi Allah Taala.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Dah lama perkara ni berlaku tapi atas kuasa, depalah yang betul segala-galanya. Puak ni yang jelas kemunafikunannya sebab depa yang arif dalam semua hal ni berbanding dengan dua orang anak dara tu. Tapi disebabkan nikmat kerusi empuk dan kuasa yang sedikit tu, depa sanggup membelakangkan amanah Allah swt dengan berbuat secara selektif. Mungkin depa fikir Allah swt akan mendakwa mereka secara selektif juga kot di akhirat nanti.
Tahniah Admin. Mungkinkah mufti kita akan sedar terutama mufti Perak, Harusani???????

kampong lad berkata...

aku nak tanya.......1. adakah mempersoal fatwa itu menghina islam? 2. fatwa2 di m'sia tak sama dgn negara2 lain, adakah islam di m'sia tak sama dgn islam di negara2 lain? 3. is this (fatwa2) is tantamount to saying or admitting (proof) that quran is insufficient and incomplete? ingin penjelasan.

btw, "aksi erotik" = terkangkang & terkoyak.......yg sukan utk jantan pulak (tak tutup aurat) mana fatwa???

mazmad berkata...

Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis mufti Malaysia sebenarnya tidaklah di anggap fatwa..ia nya hanya pendapat..Kerana dalam Islam mendedahkan aurat baik bagi wanita atau lelaki itu adalah haram dan tidak boleh di pertikaikan lagi..tapi lihatlah pemain bolah sepak baik lelaki mahupun wanita mendedahkan aurat,kenap majlis fatwa tak keluarkan fatwa.??Memang benar keta wafa dan Sara kenapa Ahli giminastik dan renang yang beragama islam terang terang mendedahkan aurat tidak di larang dari menyertai nya...mana pergi nya fatwa ?? Ramai anak gadis Melayu Islam yang tidak bertudung dan berpakaian yang menjolok mata, termasuklah pemimpin wanita UMNO yang bertudung tapi masih menunjukkan jambul ( mendedahkan aurat lah tu) tdak ada seorang mufti pun yang berani menegur..mungkin takut pada UMNO itu lebih dari takutkan Allah...Fikirkan lah..

Unknown berkata...

Sorry, nak bagi pendapat sikit mengenai sukan renang. Takde masalah utk wanita islam masuk acara renang asalkan dibuat ditempat tertutup & tiada non-muhrim sewaktu perlaksanaannya..
Sedangkan sukan renang itu salah satu sunnah nabi..