GEORGETOWN: Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal dijatuhkan hukuman penjara 100 bulan oleh mahkamah sesyen di sini, hari ini kerana didapati bersalah mencabul seorang kanak-kanak perempuan dua tahun lalu.
Hukuman itu diarahkan berjalan bermula hari ini oleh hakim, Zainol Rashid Hussain.
Tertuduh yang berusia 55 tahun didapati bersalah melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun.
Bagaimanapun, tertuduh tidak dikenakan hukuman sebatan kerana usianya sudah melebihi 50 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan