http://wasukalu.blogspot.com
US tersungkur aib di Afghanistan
Amerika telah menyertai senarai negara kuasa besar tentera yang tewas di tangan Mujahiddin Afghanistan selepas Russia. Amerika seperti juga Russia mempunyai senjata canggih dan sistem peperangan yang terhebat di dunia ternyata tidak mampu menewaskan puak Mujahiddin Taliban yang hanya menggunakan senjata konvensional seperti senapang bom tangan, dan pelancar roket. Pakain dan kelengkapan lain juga tidak memungkinkan Mujahiddin Taliban memenangi pertempuran dengan tentera AS yang jauh lebih canggih.
Teringat hadis Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W
“Akan senantiasa ada satu kelompok dari umatku yang berperang di atas urusan Allah. Mereka mengalahkan musuh-musuh mereka. Orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya kepada (keteguhan) mereka sampai datangnya kiamat, sementara keadaan mereka tetap konsisten seperti itu. HR. Muslim: Kitabul imarah no. 3550.
“Apabila kalian melihat ada panji-panji hitam datang dari arah Khurasan maka datangilah ia karena di dalamnya ada khalifah Allah Al-Mahdi.” HR. Imam Ahmad.
Kekuatan Khurasan adalah Afghanistan. Sebab itulah mereka cuba menawan Afghanistan.
Amerika dan orang orang kafir menganggap pasukan panji hitam itu sebagai terorris. Realitinya sebagian besar kaum muslimin pun terhasut oleh amerika sehingga turut melabel pejuang mujahiddin sebagai pengganas. Padahal Rasulullah mengkhabarkan bahwa pasukan panji hitam dari khurasan itu adalah MUJAHIDIN yg HAQ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan