"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rogol anak tiri: Bekas penyanyi dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan

Kajang: Seorang bekas anggota kumpulan R&B popular sekitar 2000, dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak tirinya yang ketika itu di bawah umur, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, yang berusia 38 tahun selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Gagal kawal perasaan

Tertuduh yang memakai kemeja lengan panjang dan kopiah hitam hanya menundukkan kepala dan gagal mengawal perasaan sedih sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Nor Hazani dalam penghakimannya berkata, keterangan mangsa boleh dipercayai kerana disokong oleh saksi bebas dan doktor turut mengesahkan, ada kesan koyak pada alat sulit mangsa.

Beliau membenarkan permohonan peguam bela, Azmi Talib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas anak guamnya, namun menaikkan jumlah jaminan kepada RM80,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga selesai rayuannya.

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh mangsa sendiri melalui keterangan impak mangsa (VIS), bahawa dia mengalami tekanan perasaan dan takut untuk memulakan sesi persekolahan serta berdepan rakannya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang guru vokal, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, pada jam 9 pagi, 9 Februari 2012 mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertutuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Hukuman maksimum

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadzlin Abd Zawawi, sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Nor Fadzlin berkata, mangsa di dalam kes ini sangat menyayangi tertuduh dan menganggapnya sebagai bapa kandung.

Lapan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala enam bagi pihak pembelaan sepanjang perbicaraan.
-bharian-

Tiada ulasan: