"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gejala Melayu murtad sangat mengkhuatirkan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.

“Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih ‘kesempatan politik’ (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. Dalam hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi.

Cukup hanya melalui laporan akhbar, sudah memadai seluruh jentera media diguna untuk melancarkan kempen memburukkan imej seseorang yang menjadi musuh politik. Tidak cukup dengan itu agensi keselamatan juga diperalat untuk memberi tekanan kepada pihak yang dituduh.

Pemimpin politik pula bergegas mahu memberi komen tanpa menunggu maklumat sepenuhnya dan tanpa bersedia mendapat penjelasan dari yang dituduh. Malang sekali pemimpin politik yang mahu mencuri peluang menghentam lawan juga menunjukkan tahap pemikiran rendah dan murah bila memberi komentar sangat dangkal dan sarat dengan prejudis politik yang memualkan.

Inilah yang kami perhatikan di kalangan kumpulan yang terlalu obses dengan politik sehingga seluruh jentera, tenaga dan fikiran tertumpu kepada kepentingan politik dan bukan kepentingan umat dalam ertikata yang sebenar.

Politik di Malaysia nampaknya bukan lagi suatu aspek kehidupan yang bertujuan mengatur urustadbir dan membangun negara akan tetapi sudah menjadi suatu pertarungan, permainan dan percaturan yang sangat hodoh apabila aktor politik menyerang lawan dengan apa sahaja cara hatta menyebar maklumat palsu dan fitnah.

Media pencatur dan pencacar politik kian menonjolkan peranan menyebar fitnah tidak kira sama ada maklumat yang disebar itu betul atau di sebaliknya. Matlamatnya hanya satu. Rosakkan imej lawan atau paling tidak imej seorang musuh politik sekurangnya dapat dicalarkan. Itu sudah dianggap memadai untuk menjatuhnya. Walaupun ia termasuk menyebar fitnah.

Kini sentimen yang cepat dimanipulasi ialah sentimen agama kerana ia dianggap paling sensitif kepada orang-orang Melayu Islam. Pada hal matlamat yang tersirat bukan mahu membela Islam akan tetapi hanya untuk meraih peluang menghentam musuh politik.

Semua sudah sangat maklum betapa kerosakan agama sudah menjadi parah bukan sekarang akan tetapi sudah sedemikian lama. Soal orang Islam rosak aqidah pernah berkali-kali diungkap dalam pelbagai ceramah dan kuliah oleh para ulama. Namun pihak berkuasa tidak mempedulikan perkembangan yang berlaku sehingga kini keadaan menjadi sangat parah.

Sekarang apa yang sepatutnya menjadi tumpuan ialah bagaimana dengan ujudnya berbagai agensi agama yang punya kuasa yang diperundangkan, kedudukan Islam dan perlaksanaan hukumnya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sementara itu juga harus diberi perhatian bagaimana program pendidikan dan dakwah perlu diperkukuhkan.

Sebab itu bila pernyataan diungkap mengenai status Islam di kalangan orang Melayu, seharusnya yang perlu diberi tumpuan ialah bagaimana orang Melayu dapat mengatasi gejala terhakis keIslaman mereka. Di samping itu juga ditumpukan apa yang perlu digerakkan untuk menyelamatkan pegangan Islam di kalangan orang Melayu.

Semua pihak harus mengelak diri dari menjadikan ia sebagai polimik politik dan saling menuduh, jauh sekali dijadi modal politik dengan meletakkan kepentingan politik kelompok lebih utama dari kepentingan Islam itu sendiri.

Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.

Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal.

Tidak dapat dinafikan betapa gejala orang Melayu sudah longgar pegangannya kepada Islam kini sangat mengkhuatirkan. Secara umum gejala murtad bukan suatu perkara yang dapat dinafikan sama ada diisytiharkan secara rasmi atau tidak.

Oleh itu polemik mengenainya tidak seharusnya hanya tertumpu kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi juga kepada usaha yang berkesan untuk mendidik orang Melayu khasnya dan masyarakat Islam amnya mengenai bagaimana mengujudkan kehidupan Islamiyyah dalam semua aspek.

Kami dapati kini isu kebebasan beragama tersasar jauh dari apa yang sepatutnya dibincangkan. Sementara kita menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh bebas murtad dan boleh pilih agama lain, kini isunya terheret dalam arena pertarungan politik bukan untuk menyelesaikan bagaimana hendak memulihkan orang Melayu yang telah mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam.

Kami sangat kesal isu ini berlarutan dibincangkantidak bertujuan untuk menangani isu melaksanakan apa yang sepatutnya untuk memulihkan pegangan Islam di kalangan orang Melayu tetapi menyerang lawan politik di luar batas kebenaran.

Padahal yang jelas menghina hukum hudud pula dilepaskan hanya kerana beliau berada dalam kem politik yang sama. Lebih malang lagi kami mendapati ada pula ahli agama menjadi jurucakap bagi pihak beliau untuk mengesahkan bahawa pernyataan beliau tidak salah akan tetapi disalahertikan.

Kami menuntut agar semua pihak menghentikan perdebatan yang merugikan Islam dan umat Islam sendiri. Pihak agensi agama Islam yang berwewenang hendaklah memperbetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan bekerja keras untuk mengangkat martabat Islam secara murni bukan hanya dengan mewujudkan program yang bersifat kosmetik.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Semua jangan terkejut. Kebebasan di negara ini sudah diluar batas2 kemanusian. Agama sudah dilihat sebagai pakaian basahan saja. Kalaulah perkara2 berikut dibiarkan beleluasa, bagaimana mungkin gejala2 kerosakan boleh dibendung.

1. Ada mufti, hanya untuk panas kerusi dan jaga perut sahaja.

2. Ada pemimpin, sanggup hina agama sendiri,walau pun di hadapan bangsa asing. Dr.Mahathir pernah berkali2 menghina hudud. Najib juga pun demikian. Juseru bagaimana islam boleh tertegak dengan sikap2 yangdemikian. kalaulah pemimpin kencing berdiri, sudah tentulah rakyat kencing berlari.

3. Akses kepada bahan2 lucah seperti majalah dan internet hanya perlu hujung jari saja tanpa sekatan.

4. Kalau di sekolah pada hari ini, guru2 lebih takut kepada pelajar2, pada hal dulu adalah sebaliknya. Gengster sekolah sudah boleh ugut chekgu. Anak saya juga kena ugut.

5. Cybercafe tumbuh dimana2 tanpa sekatan. Saya pernah membuat aduan baru2 ini di sebuah PBT di Perak. Jawapan bertulis dari mereka katanya mereka hanya mengeluarkan lesen tetapi tiada kuasa untuk ambil tindakan salahlaku. Yang jelas pengunjung2 adalah anak2 melayu. Siapa yang peduli. Wakil2 Rakyat, YDP Majlis, Ibu bapa, Polis, Imam, Pengetua sekolah.... Sedangkan disitulah tumbuhnya berbagai2 wabak. Judi, bahan2 lucah, gengstar, ponteng sekolah, pergaulan bebas, belajar hisap rokok, pengaruh agama lain, lepak.... semua ada dan ini bukan perkara baru.

6. Saya sendiri pernah baru2 ini berjumpa dengan padri di sebuah gereja tempatan, bertanya adakah tidak Bible dalam Bahasa Melayu. Ada. Dan saya dapat satu copy. Saya sedang baca sekarang, Mereka sudah pun lama menggunakan bahasa melayu. Dimakah pemimpin2 melayu. Dimanakah Mufti dan mana dia politikus2 islam ini. Mana Perkasa, mana NGO Islam. Pemimpin2 melayu ini rhitorik saja. Dulu kini dan selamanya. Saya juga berkesempatan bertanya ramaikah orang2 islam yang selau hadir kekutbah atau kuliah2 mereka. jawabnya boleh tahan juga.

7. Ibu bapa pula, berapa kerat daripadanya yang peduli atau pantau apakah yang anak2 mereka buat semasa diluar rumah. Siang malam pagi petang. Pukul berapa anak balik waktu malam. Lebih2 lagi kalau kedua2 ibu bapa berkerja juga. Bila dapat tahu yang anak mereka sudah tukar agama barulah masing2 terkejut.

8. Saya beberapa kali pengalaman sendiri membuat aduan kepada Jabatan2 Agama Negeri2 (di WP dan Kedah) tentang beberapa kes. Minta maaf. Tolong jangan percaya serban besar. (Yang dikatakan melayu tu, jabatan mana meraka duduk pun sama saya perangainya.) Justeru bagaimana mungkini masalah murtad dapat dibendung. Baru2 ini keluar dalm akhbar, minta tolong dari gereja lagi mudah dari pada pejabat zakat. Duit zakat buat bangunan boleh, beli saham boleh, tetapi nak tolong orang susah mereka berkira sikit.

9. Sekolah2 Agama yang mungkin boleh menjadi institusi membantu main peranan dalam pembentukan peribadi remaja2, ditekan dengan
ditarik peruntukan, dibiarkan mati perlahan2.

10. Logo2 Halal sudah tidak boleh dipercayai lagi. Banyak sudah salah guna. Hari Pejabat Agama membuat pemantauan, semuanya baik, lepas itu hancur. Ada kilang Bihun duduk depan kandang ternak babi kerana keduanya sama pemilik. (di Bt. Mertajam) Pejabat Agama tak peduli pun. Ada minyak masak yang 'recycled' entah datang dari dapur siapa. Orang melayu/islam beli juga, sebab murah. Beli banyak2 untuk kenduri kahwin. Macam mana tu ?

Saya dengan rasa berat hari tetapi terpaksa mengatakan dari sudut perspektif Islam, malaysia tiada masa depan dengan Islam, kecuali 'total overhaul' dibuat.

Hanya pandangan peribadi. maaf.