KOTA BHARU: Seorang tentera berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkhamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak jirannya berusia lima tahun di Kampung Guntong, Ketereh di sini, Oktober lalu.
Tertuduh, Che Kamal Hamdan Che Mat, 40, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Che Kamal Hamdan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii iaitu dengan meliwat mangsa tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Guntong, Ketereh dekat sini pada pukul 1.30 petang, 14 Oktober lalu.
Anggota tentera itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
-utusan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan