"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sempatkah Nelson Mandela Mengucap Kalimah Syahadah Sebelum Kematiannya?

hijabulcrewz
Adakah Nelson Mandela seorang muslim sebenarnya? Jawapan bagi soalan di atas, anda sendiri yang tentukan di akhir artikel ini. Namun, anda perlu membacanya satu per satu dengan teliti sehingga ke perenggan dan bait ayat terakhir artikel ini.

Dikala jutaan manusia seluruh dunia mengucapkan selamat tinggal kepada Nelson Mandela, mari kita lihat kembali sejarahnya, mengimbau memori sejarah yang panjang hubungan antara Islam dan ikon pemimpin dekad ini.

Berikut adalah beberapa peristiwa penting yang menunjukkan senarai pencapaiannya yang menunjukkan interaksi bersejarah dan hubungan erat Nelson Mandela dengan orang Islam.

17 Mac 1992: Lawatan Nelson Mandela Ke Kawasan Muslim Bo Kaap di Cape Town

Mandela telah mengadakan lawatan rasmi ke kawasan Islam seperti Bo Kaap di Cape Town pada tahun 1992. Beliau disambut penulis dan ahli sejarah terkenal, Achmat Davids serta Sheikh Nazeem Mohammed, Presiden Muslim Judicial Council.
24 Mac 1993: Ucapan Aidilfitri Kepada Masyarakat Islam dari Presiden Nelson Mandela

Dalam ucapannya kepada komuniti Islam, Mandela menyebut, "I have always been particularly attached to the Muslim greeting, I thus greet you in the name of Peace.”

Beliau turut memuji masyarakat Islam, berdoa semoga pengorbanan dan disiplin ketika sebulan berpuasa dapat membantu pembangunan negara ke arah yang lebih baik.

Seterusnya menyimpulkan perutusannya dengan berkata, "On behalf of the National Executive Committee of the ANC and its entire membership I wish you all `Eid Mubarak and may you have a joyous day.”

9 Mei 1994: Amanat Nelson Mandela Kepada Warga Cape Town, Grand Parade, Sempena Perasmian Presiden

Dalam ucapan perasmian, Mandela memberi ucapan yang luar biasa yang telah menggetarkan setiap sanubari yang mendengarnya iaitu, "We can count amongst them Africans, Coloureds, Whites, Indians, Muslims, Christians, Hindus, Jews – all of them united by a common vision of a better life for the people of this country.”

10 September 1994: Nelson Mandela Menerima Anugerah Keamanan Sheikh Yusuf dari Wanita Islam Persekutuan
Perutusan Encik Nelson Mandela Untuk Sheikh Jabier dan Masyarakat Islam Pada Majlis Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidul Rasul)

"Hari ini adalah hari lahir Nabi Muhammad dan pemikiran kami sama dengan kamu dan masyarakat Islam keseluruhannya, mungkin juga di seluruh dunia, dikala kamu semua berkumpul di masjid-masjid untuk memberikan penghormatan kepada seorang pemimpin agama yang unik, yang pengaruhnya terus-menerus merebak ke hampir setiap pelusuk dunia dan negara." kata Mandela dalam ucapannya.

Oktober 1994 - Hubungan Ulama Terkenal, Sheikh Ahmad Deedat dan Nelson Mandela

"Pada bulan Oktober 1994, Ahmed Deedat menerima satu panggilan dari Arab Saudi, ketika berada di rumah beliau. Apabila diberitahu yang panggilan itu daripada Nelson Mandela, Presiden baru Afrika Selatan, Ahmad Deedat dipanggil semula: "Mulanya, saya ingat panggilan itu palsu, dan tak ambil serius. Tapi, apabila saya sedar ianya sememangnya daripada Presiden Negara, saya hampir terjatuh daripada kerusi saya."

Mandela yang ketika itu sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi, memberitahu Ahmad Deedat bahawa ke mana sahaja beliau pergi, semua orang pasti bertanyakan adakah beliau kenal akan Ahmad Deedat. Beliau seterusnya mencadangkan mereka berjumpa pada 6 November 1994 iaitu ketika lawatan Mandela ke Durban. Sayangnya, perjumpaan itu tidak menjadi kenyataan kerana Ahmad Deedat telah pergi ke luar negara, namun beliau sempat memberitahu pemberita bahawa beliau amat berbesar hati tatkala menerima panggilan telefon daripada Presiden Afrika Selatan itu.
Di kemudian hari tatkala Ahmad Deedat jatuh sakit, duta Afrika Selatan mengeluarkan kenyataan berikut:

"Encik Mandela mengambil berat serta prihatin akan mana-mana warga Afrika Selatan yang tinggal di mana-mana bahagian dunia sekalipun. Namun, kes Deedat adalah istimewa kerana dia sangat dihormati, bukan sahaja di Afrika Selatan, malah di seluruh dunia, atas dedikasi dan kerja keras dalam dakwah Islam sejak 50 tahun yang lalu. " (Ahmed Deedat: The Man and His Mission, karangan Goolam Vahed, m/s 18)

Diceritakan juga, Sheikh Ahmad Deedat sendiri pernah menghadiahkan senaskhah Al Quran kepada Nelson Mandela dan menyatakan bahawa hanya dengan Islam beliau dapat menyelamatkan negaranya, Afrika Selatan. Dikatakan ketika itu beliau menolak dengan alasan beliau akan kekal dengan "non-religious."

11 Julai 1997: Kuliah Presiden Nelson Mandela di Pusat Pengajian Islam Oxford
Dalam ucapan yang panjang di pusat Islam di Oxford, Mandela membentangkan ucapan penting yang bertajuk, "Pembaharuan dan Renaissance - Ke Arah Order Dunia Baru" di mana beliau menyentuh mengenai hubungan antara Islam dan umat Islam di Afrika Selatan dan pandangan beliau pada peranan agama di benua kulit hitam itu. Berikut adalah ucapan beliau:
“I am most grateful to the Oxford Centre for Islamic Studies for the invitation to share ideas with you. When da Gama finally reached the Indian Ocean, he found navigators there far more competent than himself to guide his expedition, and wisely he relied on them in the same way that I know that I am following where others have opened the way, and that we are amongst those from who we have much to learn.”

“What encourages me to add my humble contribution, is the Centre`s commitment to the promotion of understanding, tolerance and co-operation as essential conditions for advancing the welfare of all.”

He went on saying, “African Muslim polities shared the ambivalence of other states and religions towards the colonial slave trade, protecting believers from the violation of their fundamental rights but also complicit in the trade in human lives.

“In the face of European colonialism, Islamic communities took their place along the whole spectrum of resistance politics, including the struggle against apartheid.”

30 Januari 1998 : Ucapan Presiden Nelson Mandela di Intercultural Eid Celebration

Dalam ucapannya di Johannesburg, Mandela mengucapkan tahniah kepada umat Islam sempena sambutan perayaan tersebut, mencerminkan sumbangan yang mendalam Islam kepada sejarah Afrika Selatan.

"Afrika telah membentuk struktur Islamnya yang sendiri, ketika permulaan apabila Raja Afrika Kristian dari Habsyah, Najasyi telah memberi perlindungan kepada pengikut Nabi Muhammad. Itulah contoh penghormatan dan kerjasama yang boleh dimainkan dengan peranan agama, dan apa yang boleh kepimpinan spritual berikan, dalam menyumbangkan kepada pembaharuan sosial di benua kami."

"Sekarang Afrika Selatan bebas, hubungan komuniti Islam dengan komuniti lain boleh membangunkan dan memperkayakan lagi negara kita tanpa sekatan atau penyelewengan. Mereka adalah sebahagian daripada warisan Afrika kita bersama."

12 April 2010: Perjumpaan Sheikh Yusuf Qaradawi dan Nelson Mandela

Semasa lawatan beliau ke Afrika Selatan, ulama terkemuka Sheikh Yusuf Qaradawi berjumpa dengan pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela serta menghadiahkannya beberapa buah buku Islamik dan senaskhah Al Qran kepada beliau.
Sheikh Aidh al Qarni Ajak Mandela Menerima Islam

Dalam surat yang tidak dapat disahkan tarikh, Sheikh Aidh al Qarni telah jemput Mandela supaya menerima Islam.

"Saya salah satu seorang daripada jutaan orang di dunia ini yang telah membaca autobiografi anda, sedar perjuangan anda, mengagumi keberanian, pengorbanan dan ketegasan prinsip anda dan semangat kemerdekaan yang dipunyai rakyat anda, " kata surat itu.

"Oleh itu, saya meminta anda, saya merayu anda, dan saya sangat berharap untuk mendengar pengakuan anda dengan kuat dan jelas, "Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah", (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah). Anda anda menyambutnya, ketika itu jua, seluruh makhluk Allah, yang Maha Berkuasa, di semua enam benua akan memuji anda, bandar suci Makkah akan terbuka untuk anda, Pintu makam suci Kaabah akan dibuka untuk anda, dan seluruh mimbar-mimbar dunia Islam akan menyebut nama anda dengan sebaik-baik pujian."

Jadi, islam atau tidak sebenarnya Nelson Mandela? Sila klik artikel penuh di: hijabulcrewz.blogspot.com

Tiada ulasan: