"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri bengap ini yang hina wanita Malaysia, digesa minta maaf

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor perlu mengambil kelas pendidikan gender, gesa Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
zuraidah
Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dalam satu kenyataan semalam menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa ‘hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek’.

“Mengatakan ‘jika tidak memakai alat solek harganya menurun’, Tengku Adnan telah menghina semua wanita.

“Menteri Wilayah perlu mengambil kelas pendidikan gender kerana menyamakan wanita dengan hartanah,” kata Zuraida dalam kenyataan.

Ku_NanKata Zuraida, Malaysia memerlukan menteri yang lebih berkualiti berbanding seperti Tengku Adnan.
“Kenyataan tak masuk akal ini tak seharusnya datang dari seorang pemimpin.

“Menteri mewakili negara dan pendapat seksis seperti ini hanya menunjukkan betapa mundurnya barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang.

Tambah Zuraida, wanita Malaysia akan selamanya dilihat sebagai hartanah sekiranya terus menyokong sikap menteri seperti Tengku Adnan.

“Kita akan dipaksa untuk memakai alat solek untuk meningkatkan nilai kita,” kata Zuraida.
-keadilandaily-

Tiada ulasan: