Abdul Rahim Sabri
Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah adalah perkara yang tidak masuk akal.
Katanya, bukti berkaitan sepatutnya ditentukan oleh mahkamah dan bukannya oleh kementerian yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.
"Ia tidak masuk akal. (Bukti) gred A, gred B bukan kita tentukan. Mahkamah tentukan.
"Kalau ada 10, 20 bukti, yang kita nak lawan, seterunya adalah Zahid Hamidi, dan bukan pegawai kerajaan," katanya dalam satu sidang media media tersebut.
Beliau mendakwa, dalang sebenar dalam isu ini ialah Ahmad Zahid yang mula-mula menimbulkan tuduhan ke atas Mohamad Sabu dalam ucapan di perhimpunan agung Umno, 7 Disember lalu.
"Beliau adalah dalang sebenarnya... Tiada provokasi (tentang isu) Syiah, (tetapi) tiba-tiba sahaja (ditimbulkan oleh Ahmad Zahid.
"Isunya tuduh Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, kenyataan awal (Ahmad Zahid) pun sudah memfitnah. Keluar 100, 200 bukti pun tidak bermakna. Kita tidak perlu menafikan," kata Mohamed Hanipa.
NONEAhli parlimen Sepang itu menambah beban pembuktian tuduhan kepada Mohamad perlu dijelaskan oleh pihak yang menuduh dan pihak Mat Sabu tidak perlu menjawab tuduhan tersebut.
Hanipa yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menjawab soalan pemberita bahawa KDN mempunyai bukti "gred A" dan "gred B" yang didakwa boleh mengaitkan Mohamad sebagai pengikut Syiah.
Bukti Gred B itu merujuk kepada 10 bukti yang didedahkan KDN dalam sidang media pada 12 Disember lalu, yang antaranya mengaitkan kekaguman Mohamad kepada pemimpin revolusi Iran Ayatullah Khomeini,
KDN dalam reaksinya selepas itu menyebut bahawa kementerian berkenaan memiliki bukti lebih bermutu - dirujuk sebagai 'Gred A' - yang mengaitkan Mohamad dengan Syiah tetapi tidak akan didedahkan.
Ulasan terakhir isu Syiah
Dalam sidang media itu juga, Mohamad yang juga bekas tahanan ISA berkata beliau tidak akan membuat kenyataan lanjut berhubung dakwaan itu selepas ini dan menyerahkannya kepada barisan peguamnya.
NONEKatanya beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian berkaitan isu semasa yang lain seperti kenaikan harga barang, minyak dan amalan rasuah.
"Mulai sekarang sehingga perbicaraan kes ini, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan lagi, sebarang bentuk penjelasan, semuanya saya serahkan kepada pihak peguam, atau apa-apa yang bersangkut paut dengan pihak saya," katanya.
"Saya nak bercakap tentang kenaikan barang, rasuah, Rosmah (Mansor) naik jet pergi Abu Dhabi, rakyat banyak susah, (apa sebab) nak bercakap hal ini (lagi)," katanya sambil diiringi gelak ketawa wartawan dan hadirin.
1 ulasan:
Jangan lupa tolong Karpal dapatkan mangsa dibelasah jahit Komidi hadir makhamah.
Catat Ulasan