USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Soalan:
Assalamualaikum,
Mohon penjelasan tentang kedudukan seorang majikan lelaki bersama pembantu rumah di dalam rumahnya ketika ketiadaan isterinya di rumah, tetapi terdapat anak-anak yang masih kecil. Adakah boleh dianggap khulwah/khalwat?
Jawapan:
Ya, dianggap khalwat kerana Nabi SAW bersabda; "Janganlah seorang lelaki bersunyian (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya (yakni mahram wanita itu)." (Soheh al-Bukhari; 1862. Muslim; 1341).
Perbuatan tersebut boleh menimbulkan keraguan dan mendorong kepada berlakunya zina. Kehadiran anak-anak yang masih kecil tidak menggugurkan hukum tersebut kerana kewujudan mereka tidak dapat menutup keraguan dan tidak menghalang dari zina.
1 ulasan:
Kenapa tidak memberikan contoh yg perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Tentu ada jalan keluarnya bagi menangani keadaan tersebut, misalnya suami diberi MC atau si isteri dipanggil bertugas kerana on call.
Catat Ulasan