"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua polis Langkawi mesti saman Pengerusi MyWatch, tak cukup dengan nafi dia menerima wang perlindungan


Ketua polis Langkawi Harrith Kam Abdullah menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang daripada sindiket untuk memberi perlindungan kepada kumpulan itu dari tindakan polis.

Beliau menafikan dakwaan dibuat oleh NGO anti jenayah MyWatch yang membangkitkan beberapa kes dan nama sindiket tertentu.

NGO tersebut mendakwa, Harrith memberi perlindungan kepada anggota sindiket tersebut.

MyWatch mendakwa maklumat tersebut didedahkan oleh seorang pemberi maklumat, didakwa sebagai seorang pegawai polis kanan.

Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan mendakwa Harrith mengarahkan satu kes bernombor 4809/13 dikelaskan sebagai "Tiada Tindakan Lanjut" untuk melindungi seorang pemilik sebuah pusat hiburan.

Bapa kepada pemilik pusat hiburan itu didakwa sebagai pengendali sebuah sindiket loteri haram di Langkawi.

Sanjeevan mendakwa terdapat lima pusat loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan bulanan kepada Harrith dengan menyerahkan wang tunai secara peribadi ke rumah pegawai tersebut.

"Tidak, saya tidak kenal pemilik (pusat hiburan)... Saya tak kenal dia," kata Harrith kepada Malaysiakini ketika diminta menjelaskan dakwaan tersebut.

MyWatch mendakwa Harrith memberi alasan, kes tersebut tidak diteruskan kerana pusat hiburan tersebut sudahpun memiliki dokumen yang sepatutnya sebagai lesen hiburan.

Mengulas perkara itu, Harrith berkata kes di Langkawi dianggap "unik" kerana banyak pusat hiburan menghadapi masalah lesen kerana masalah hakmilik tanah.

"Ini bukan masalah polis, tetapi orang mengadu kepada polis. Jika kita mahu bertindak, kebanyakan daripada mereka akan ditutup," katanya.

Harrith bagaimanapun menegaskan, polis sering menjalankan serbuan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Harrith menafikan dengan keras bahawa beliau menerima wang atas perkara itu dan menegaskan beliau bertindak mengikut undang-undang.

Tiada ulasan: