Ace Emerson
PETALING JAYA: Saban hari kita mendengar rungutan, luahan hati dan caci-maki tentang pemandu teksi di negara ini. Mahu menunggunya juga suatu penyiksaan.
Apabila kita bejaya menahannya, kita dijemput naik pemandu gasar, tidak profesional dan memandu secara berbahaya. Teksinya pula kadang-kala begitu tercemar di samping pemandunya enggan menghantar kita ke destinasi yang ditujui.
Ini benar. Perkhidmatan teksi di Malaysia mengecewakan.
Ada yang tidak sabar sehingga terus memecut sebaik kita memasuki teksi. Ada yang tidak langsung mengelak lubang dan menghisap rokok sambil melayan penumpang.
Pemandu begini tidak hirau samada perjalanan tidak menyelesakan di kala penumpang terhoyong hayang di dalam teksi yang dipandunya.
Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggelar mereka duta yang memberi gambaran tentang penduduk di Malalysia.
Jika begitulah keadaannya, habislah kita. Negara kita sudah tentu dianggap memiliki penduduk yang liar kerana aksi duta si pemandu teksi.
Anehnya, perkhidmatan teksi ini pula yang menasihati penumpang mereka. Baru-baru ini, seorang penumpang di Singapura terkejut apabila peringatan ‘Di larang kentut di dalam teksi’ terpampang.
Adakah terkentut kini dianggap jenayah? Bagaimanapun pula dengan berludah atau mengorek hidung ketika memandu teksi? Bukannya ini juga lagak yang tidak menyelesakan?
Dengarlah rungutan seorang penumpang, Patricia Voon, seorangg warga Hong Kong tentang pemandu teksi di Malaysia.
“Sangat teruk. Saya menaiki teksi dari rumah menuju ke kediaman rakan dan oh Tuhan! Pemandu itu terkentut sepanjang ke destinasi. Setiap kali gas dikeluarkannya, dia berpura-pura menyapu minyak angin di hidungnya.
“Dan oh tidak! Baunya seperti satu kombinasi yang begitu busuk. Satu berasa loya dan muntah sebaik tiba,” ujar Voob yang menetap di Malaysia selama tiga tahun.
Jadi mengapa pula pemandu yang mengenakan peraturan sedangkan mereka berperangai buruk? Jika terkentut perkara terlarang, mereka yang wajar mencegahnya dari terhasil. Jika teksi dianggap pengangkutan awam, ia tidak boleh dianggap harta persendirian.
Jadi pemandu teksi semakin menekan pelanggan. Di Filipina, pengguna kini boleh menggunakan teknologi bagi membuat aduan tentang perkhidmatan teksi di Manila.
Layari sahaja www.taxikick.com, masukkan nombor pendaftaran teksi yang mahu diadukan, pilih jenis kesalahan dan masukkan nama pemandu teksi itu.
Hantar aduan anda kepada Lembaga Peraturan dan Francais Pengangkutan Darat bagi negara Filipina.
Pelanggan juga boleh menulis tweet bagi membuat aduan. Mungkin langkah begini boleh dilaksanakan di Malaysia.
“Jika dilaksana di sini sekalipun, keadaan tidak mungkin berubah," ujar Zamri Hassan seorang blogger. “Pemandu teksi di sini semakin kurang sopan. Mereka enggan melayan pelanggan dan mengenakan bayaran yang tinggi,” jelasnya.
Jadi selepas ini, jika anda ingin terkentut, jangan sekali-kali menaiki teksi dengan peringatan “Di larang kentut di dalam teksi”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan