Arifin Salleh
ANGGOTA trafik melakukan sekatan jalan raya ke atas penunggang motosikal.
Alor Gajah: Seorang lelaki yang tiada lesen memandu sanggup meninggalkan isteri dan dua anak mereka sebelum bersembunyi di dalam semak bagi mengelak ditahan di sekatan jalan raya di sebuah pasar malam di Machap Baru, di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 7 malam, lelaki berusia 30-an itu terpaksa dipujuk anggota trafik supaya keluar dari semak selepas meninggalkan motosikal Suzuki ditunggang dan keluarganya sebaik berhenti di sekatan terbabit.
Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian selepas tertinggal Mykad dan tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keledar.
Katanya, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan isterinya yang mengendong anak kecil terpinga-pinga dan seorang lagi anak mereka berusia tiga tahun menangis ketakutan.
“Ketika ditahan untuk pemeriksaan, lelaki itu turun daripada motosikal dan berjalan meninggalkan isteri serta dua anaknya sebelum bersembunyi di dalam semak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan