SEORANG rakyat Amerika Syarikat (AS) disyaki terlibat dalam kejadian pengeboman berani mati di Syria Jumaat lalu, menurut kenyataan pegawai negara itu.
Kejadian tersebut merupakan yang pertama dalam konflik berdarah di Syria, lapor AFP.
Perkara tersebut disahkan disebalik kebimbangan mengenai jumlah kemasukan orang luar yang semakin meningkat ke Syria.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jeneral Psaki, mengenalpasti pengebom berkenaan sebagai Moner Mohammad Abu-Salha.
Abu-Salha disyaki terlibat dalam pengeboman menggunakan lori ketika menentang rejim di utara Idlib, Syria pada Ahad lepas.
Abu-Salha juga menggunakan nama samaran Abu Hurayra Al-Amriki.
Abu Hurayra merujuk kepada salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Al-Amriki bermaksud 'Amerika' di dalam bahasa Arab.
Mengulas perkara sama, Psaki berkata, beliau percaya penglibatan rakyat AS tersebut merupakan yang pertama sejak bermulanya perang saudara di Syria pada tahun 2011.
Sementara itu, dianggarkan di antara 9,000 hingga 11,000 pejuang asing telah memasuki Syria sejak tiga tahun lalu dan dipercayai berasal dari negara-negara jiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan