"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar)Tangan putus ditetak lelaki bermotorsikal

Mangsa yang putus tangan kanan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
BACHOK: Seorang lelaki kehilangan tangan kanan akibat ditetak sekumpulan lelaki yang dikenalinya dipercayai akibat dendam lama.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang beralamat di Besut, Terengganu dikatakan menunggang motosikal dari rumah arwah bapa saudaranya menuju ke rumah ibu mentuanya.

“Pada jam 8.45 malam 28 Mei lalu, mangsa yang berusia 43 tahun itu dibawa orang ramai yang melalui lokasi kejadian ke rumah ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah dan tanpa tangan kanan.

“Mangsa memaklumkan ketika tiba di kawasan perumahan baharu di Bukit Temalong, dia didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal dari arah belakang yang terus menetaknya menggunakan senjata tajam. Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri selepas ditetak.

“Mangsa tidak pasti senjata yang digunakan oleh suspek. Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)untuk rawatan. Usaha mencari tangan mangsa yang putus turut berjaya dan dihantar ke HUSM, tetapi tidak diketahui sama ada boleh disambung atau tidak,” katanya.

Abdul Hamid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-sinarharian-

Tiada ulasan: