"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design

Tranungkite
10 tahun dalam dunia Graphic Design, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu graphic, layout, advertising, interactive, illustration, photoshop, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri graphic tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Massimo Vignelli, Andy Warhol, Wim Crouwel dan Erik Spiekermann.

Pengalaman mengajar aku pahit manis industri Graphic Design, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 80an dan awal 90an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai graphic designer di salah sebuah syarikat design kecil di sekitar Kelana Jaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)

Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”

“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”

“Logo ni kena ikut susunan”

“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)

Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.

3. Waktu kerja yang tidak menentu

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.

Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.

Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance designer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)

Keadaan ini telah menyebabkan industri graphic design negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat logo company, offer aku RM50. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja designer kerja mudah.

Anda semua ingat senang ke nak edit-edit imej? Atau susun typeface? Untuk menyiapkan satu layout yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses sketching dan brainstorming. Bagi mereka mudah sahaja, “edit-edit gambar je.” “ala, kerja korang lukis-lukis je, senang la.” “susun-susun gambar ngan text aku pun boleh, pakai words je.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Fine Art lagi masyuk dari graphic design.

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan rakan-rakan seperjuangan, menempa nama dalam industri seni halus negara kita. Seorang demi seorang muncul dalam exhibition-exhibition artis muda, interview, masuk paper dan TV. Ex student graphic design? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, join industri F&B pun ada. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.

Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri graphic design. Aku pernah jumpa advertising jual DVD tutorial photoshop, produk tempatan, dimana nilai sekeping DVD tutorial hanya sekitar puluhan ringgit.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia graphic design, dan mengambil masa hampir sepuluh tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat graphic design.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun design ni?”

Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”

Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international design. Untuk bersaing dengan industri graphic design dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Orang kita terlalu sensitif.

Masih ingat iklan raya ala-ala santa claus yang pernah disiar di TV3 sekejap, sebelum kena ban? Iklan pakcik naik beca terbang, bawak budak-budak pusing-pusing satu Malaysia.

Pada pendapat aku, takde pun benda-benda yang boleh merosakkan atau memesongkan akidah umat Islam dalam video tu. Apa yang bertentang dengan agama? Pakcik tu kutuk Tuhan ke? Kutuk Islam? Kutuk nabi? Dia tak pakai pun suit santa claus, ada usung salib ke?

Nampak tak mentaliti orang kita? Cepat gelabah, lebih-lebih lagi hal agama. Kalau kita tengok iklan tu betul-betul, memang kuat mesej  1Malaysia yang cuba ditonjolkan. Point utama aku disini, orang kita masih di belakang, semua benda boleh dipolitikkan, sengaja untuk bersikap over sensitif, dan cenderung melihat perkara yang negatif dalam sesuatu mesej. Benci, benci (sambil ketuk meja dengan suara manja).

............

Penulis kali ini ialah Mohd Rizal Ramli. Seorang pemikir yang jauh ke depan, hustler, indie film-maker dan orang paling tabah kami pernah jumpa.

Ketika artikel ini selesai ditulis, surat peletakan jawatan beliau masih lagi panas di meja bos. Never give up to chase yuour dream, brother. Dah halfway dah pun

Tiada ulasan: