"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menggigil lihat mayat Osama (Gambar dan video)

Suparman mengangkat mayat anaknya sejurus ditemui terapung kira-kira 1 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.Kuantan: “Menggigil lutut saya apabila melihat sepasukan anggota penyelamat mengusung mayat anak selepas ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang,” kata Suparman Senan, 46, bapa kepada murid tahun enam, Mohamad Osama Syah Suparman, 12, yang ditemui lemas ketika mandi bersama lima anggota keluarganya di tapak perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, pagi semalam.
Mangsa yang menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, Kemaman, Terengganu, ditemui oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.35 pagi dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan timbul di permukaan air.

FotoSuparman berkata, malam kelmarin, dia bersama isteri, Khairatul Salmiah Ahmad Sabri, 35, tidak putus memohon doa dan petunjuk supaya mayat anaknya ditemui secepat mungkin dan tidak sangka doanya dimakbulkan Allah.

Menurutnya, ketika melihat anggota penyelamat mengusung mayat anaknya naik ke darat, dia bersama isteri terpaksa mengawal emosi serta menenangkan diri sebelum dipanggil untuk membuat pengecaman mayat anaknya.


ANGGOTA bomba membawa mayat Osama.

Katanya, dia reda dan menerima hakikat kejadian itu selain menganggap ia adalah ujian Allah.

Tiada ulasan: