"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah telur Najib: Saya biasanya suka telur saya separuh mas??, tiga minit sahaja, tetapi.... - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghargai keprihatinan kerajaan China yang begitu mengambil berat kesihatannya.

Katanya, seorang pegawai yang ditugaskan oleh tuan rumah itu malah melarang beliau makan telur setengah masak.

Najib berkata layanan istimewa semasa kunjungannya ke China minggu lalu menunjukkan bahawa hubungan yang terjejas selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 kini kembali pulih.

"Seorang pegawai kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa saya kekal sihat," kata Najib dengan nada berseloroh ketika menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelabur dan ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

"Saya biasanya suka telur saya separuh masak, tiga minit sahaja, tetapi pegawai rasmi China menegaskan bahawa telur mesti dimasak 10 minit, atas sebab-sebab kesihatan," katanya dalam persidangan InvestMalaysia 2014 di Kuala Lumpur.

Najib berkata Beijing turut menyediakan tiga buah limosin untuk pengangkutannya dan menganjurkan satu konsert eksklusif bertaraf dunia.

"Bagi isu MH370, China mahu ia berlalu dan membina hubungan lebih erat," katanya lagi.

Tiada ulasan: