"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Anak saya tak diberi makan minum'



Ibu kepada lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan di Pulau Pinang baru-baru ini berkata, anaknya S Naidu Agin Raj sihat walafiat sebelum itu.

Bagaimanapun, Sivapakiam Palchamy berkata, ketika ditemui di mahkamah pada 3 Jun, mendiang mengadu tidak sihat sambil mendakwa dilayan dengan kasar dan dipukul.

Anggota keluarga juga mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap hospital Bukit Mertajam dan polis, atas dakwaan cuai memberikan jagaan dan rawatan.

Ketika ditemui di hospital pada 4 Jun, Sivapakiam berkata, tangan dan kaki anaknya terikat di katil.

“Anak saya beritahu saya, dia tidak diberikan sebarang makanan dan minuman selepas seharian dimasukkan ke hospital, serta tidak juga diberikan glukos atau dimasukkan dalam tetesan intravena, walaupun hospital dan polis tahu dia lemah dan ada sawan,” katanya.

“Apabila dia minta minuman dan makanan, dia tidak dipedulikan, apabila kami cuba beri sedikit minuman isotonik, kami tidak dibenarkan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat khidmat DAP di Prai, Pulau Pinang.

Ketua Polis Seberang Perai Baharom Abu menafikan Agin Raj dipukul semasa dalam tahanan.

Tiada ulasan: