"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beban Satu lagi Projek BN: Cukai tambahan penjawat awam tampung kerugian RM3.1 bilion

Keadilandaily
abdullahsani400pxKUALA LUMPUR 8 JUN: Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) terhadap penjawat awam hanya bertujuan menampung kerugian kerajaan sebanyak RM 3.1 bilion.
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, jumlah itu merupakan pengecualian cukai oleh kerajaan terhadap syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX).

“Kerajaan dah rugi RM3.1 bilion daripada pengecualian cukai tersebut.

“Jadi apa yang kerajaan cuba lakukan adalah mengutip balik cukai itu daripada penjawat awam dengan mengenakan potongan cukai tambahan secara ansuran pula. Pastinya ini menambahkan bebanan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa kerajaan meneliti semula perlaksanaan cukai korporat termasuk pengecualian cukai kepada syarikat–syarikat berstatus TRX.

Ini kerana keputusan memberikan pengecualian 100 peratus cukai pendapatan kepada bank-bank yang berpindah ke TRX dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah disifatkan tidak rasional.

Pengecualian tersebut mengakibatkan negara kehilangan sumber pendapatan kira–kira RM 3.1 bilion sekiranya tiga bank tempatan iaitu CIMB, Maybank dan RHB berpindah ke TRX.

Pada 3 Jun lalu, LHDN berkata pemotongan cukai tambahan kepada penjawat awam bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada dan arahan tersebut akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, kerajaan cuba melindungi kroni sendiri dengan membebankan rakyat berpendapatan rendah bagi menampung kerugian yang ditanggung mereka.

“Kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja hampir 1.4 juta orang.

“Cukai yang dah dikenakan sebelum ini dah jadi bebanan kepada mereka, apatah lagi dengan cukai GST yang akan dilaksanakan nanti. Pakatan Rakyat menentang setiap perlaksanaan yang membebankan rakyat sebab itu bukan matlamat kita,” ujarnya.

Tiada ulasan: