"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi artis bertudung: Saya nak benda ini berterusan - Uqasha Senrose

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose sudah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau sudah bertudung melalui akaun Instgram.

Justeru, ada yang bertanya sama ada benar beliau sudah berhijrah atau sekadar satu lagi tuntutan watak dalam drama yang perlu dipenuhi.

Dalam kenyataan kepada portal GUA beberapa hari lalu, beliau mengesahkan sudah bertudung

“Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini,“ jelasnya kepada portal itu.

Beliau juga menafikan keputusannya untuk bertudung didorong oleh faktor luaran terutamanya lelaki dan berharap perkara baik itu akan kekal.

“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri," jelasnya.

Menurutnya, jika memakai tudung kerana dipaksa, perkara itu tidak akan kekal.

"Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang mendoakan yang baik-baik untuknya.

Tiada ulasan: