"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa meroyan semacam je Hasan Ali ni

PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata jika ada pelawaan untuk menyertai semula PAS, beliau akan fikirkan.
Katanya, banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memutuskan perkara itu.

Katanya lagi, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai wujudnya usaha dalaman tersebut sebagaimana yang didakwa.

“Saya tidak ada dengar mengenai perkara ini (usaha untuk menarik beliau ke dalam PAS semula). Perkara ini tidak sampai ke pengetahuan saya,” katanya mengulas kemungkinan beliau menyertai semula PAS.

Dr Hasan yang juga bekas ADUN Gombak Setia dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012.

Menurut sumber parti itu, kemasukan semula Hasan mungkin boleh berlaku apabila dikatakan wujud usaha dalaman yang digerakkan beberapa kepimpinan PAS termasuk anak-anak kepada pengasas serta golongan veteran bagi ‘memperbetulkan’ semula PAS supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangan asalnya sebelum ini.

Katanya, usaha dalaman itu difahamkan dibuat atas perkiraan perkembangan politik semasa ketika ini termasuk kesan-kesan lain yang terpaksa dihadapi PAS ekoran kerjasama parti tersebut dengan DAP dan PKR dalam sesuatu isu yang ada kalanya tidak selari dengan matlamat asal parti berkenaan.

“Memang tidak dapat dinafikan PAS ketika ini dilihat sedikit demi sedikit telah lari daripada matlamat perjuangannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti apabila mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

“Malah ada pemimpin daripada parti sekutu PAS secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud yang merupakan antara agenda perjuangan PAS selain isu-isu yang melibatkan soal agama dan perpaduan umat Islam. Atas sebab itulah dikatakan wujudnya usaha dalaman bagi memperbetulkan semula PAS agar tidak terpesong daripada landasan asal perjuangannya.

“Usaha dalaman ini juga mungkin akan melibatkan usaha menarik semula Hasan ke dalam PAS bagi bersama-sama memperbetulkan semula parti,” katanya.

Tambah sumber itu, usaha dalaman tersebut juga adalah untuk menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilihat berseorangan dalam memastikan PAS terus mengikut perjuangan asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut sumber itu, usaha Abdul Hadi difahamkan tidak disambut begitu baik oleh sebilangan kepimpinan Pas ketika ini.

1 ulasan:

armal berkata...

Dia ni macam gila talak aje. Boleh sape2 cek dia tak?