"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar petugas media ditumbuk ahli keluarga lmangsa MH17 meyebabkan cedera di kepala

PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.

Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.

Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

1 ulasan:

mazmad berkata...

Tak buat report polis ke..?
Tak kan nak biarkan...!