Tranungkite
Usman atau 'Uzuman' mengikut panggilan orang Korea, mengambil bahagian dalam rancangan realiti 'Invincible Youth' yang kebetulan dirakam dalam bulan puasa. - Foto: Youtube
Cara hidup seorang warga Pakistan yang mengamalkan cara hidup orang Islam dalam sebuah rancangan realiti ‘Invincible Youth’ di Korea mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Dalam video yang dikongsikan oleh Sukan Star Tv menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga Pakistan tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai orang Islam dalam rancangan realiti itu.
Video yang berdurasi 4.41 saat itu menunjukkan klip gelagat lelaki berusia 27 tahun itu sembahyang dan bercerita mengenai keadaannya yang berpuasa ketika rancangan itu dirakam.
Dia yang dikenali sebagai Usman itu bercakap mengenai puasa dan solat yang perlu dilakukannya dan dia juga diberikan makanan yang berbeza berbanding peserta lain dalam rancangan itu.
Tindakan Uzuman mendapat sokongan daripada pengguna Facebook kagum dengan caranya yang tidak melupakan tanggungjawab sebagai individu beragama Islam walaupun di negara asing.
Bagi Lan Lallana berkata: “Lembut dan sopan cara dia memberitahu hukum agama, tidak perlu marah dan maki”.
Safik Sulaiman berkata, tindakan Usman yang menjaga Islam menyebabkan wanita Korea kagum dan tertarik dengan penjelasan yang diberikan.
Pengguna Facebook, Raymee Rahmat berkata kagum dengan warga Korea dalam video ini kerana mereka menghormati dan sanggup memberhentikan kenderaan bagi membolehkan Usman menunaikan solat.
Azwan Zuhairi berkata, tidak mudah untuk orang lain memahami individu yang menjaga agama mereka.
“Saya pun ada beberapa orang kawan non-muslim yang ambil berat tentang waktu solat. Bila meeting pasti akan ditanya “Adakah ini waktu yang sesuai?”
Katanya, contoh Usman dalam rancangan realiti ini adalah yang terbaik. Mereka yang tidak mengetahui Islam, pasti akan terkejut apabila mengetahui keindahan Islam sama sekali tidak seperti apa yang dipropagandakan oleh media anti-Islam.
Menurutnya, selagi kita menjalankan segala tuntutan agama, Islam akan dipandang mulia dan tinggi. Maka tidak hairanlah mereka yang selalu bertanya-tanya tentang Islam dan kebenaran mendapat hidayah Allah, kerana mereka benar-benar mencari dan mengkaji akan kebenaran Islam.
Azwan Zuhairi berkata, tidak mudah untuk orang lain memahami individu yang menjaga agama mereka.
“Saya pun ada beberapa orang kawan non-muslim yg ambil berat tentang waktu solat. Bila meeting pasti akan ditanya “Adakah ini waktu yang sesuai?”
Katanya, contoh Usman dalam rancangan realiti ini adalah yang terbaik. Mereka yang tidak mengetahui Islam, pasti akan terkejut apabila mengetahui keindahan Islam kerana ia sama sekali tidak seperti apa yang dipropagandakan oleh media anti-Islam.
Menurutnya, selagi kita menjalankan segala tuntutan agama, Islam akan dipandang mulia dan tinggi. Maka tidak hairanlah mereka yang selalu bertanya-tanya tentang Islam dan kebenaran mendapat hidayah Allah, kerana mereka benar-benar mencari dan mengkaji akan kebenaran Islam.
Video ini mendapat lebih 15 tanda like, dikongsi sebanyak 9,427 kali dan dilihat 232, 899 pengguna laman sosial Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan