"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Najib tak pasal-pasal kata Sirul mengarut?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar bahawa dia bertindak atas arahan sebagai “mengarut”.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bersama isterinya Rosmah Mansor.

Najib pada mulanya memberikan ucapan Tahun Baru Cina dengan berkata beliau yakin rakyat Malaysia mampu menjadikan 2015 sebagai tahun yang baik walaupun berdepan cabaran ekonomi.

Sejurus selepas itu, pemberita mengajukan soalan tentang dakwaan Sirul, termasuk yang menyebut bahwa “orang penting yang mempunyai motif” dalam kes itu masih bebas.

Menunjukkan tidak setuju dengan dakwaan itu, Najib menggelengkan kepalanya berkali-kali dan mula beredar.

Diasak pemberita, Najib kemudiannya menjawab “mengarut” sambil tersenyum dan kemudian berlaku pergi.

Dalam wawancara melalui telefon dengan Malaysiakini, Sirul mendakwa dia hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas./malaysiakini

PKR: Jika tak kenal, kenapa kata mengarut?

PKR menyifatkan kenyataan "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini terhadap dakwaan baru bekas anggota polis khas Sirul Azhar Umar, sebagai "pramatang, mencurigakan dan wajib disiasat" polis.

Sirul sebelum ini mendakwa beliau bertindak membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu kerana "hanya mengikut arahan” dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.

"Ini kerana Datuk Seri Najib sebelum ini pernah mengaku malah bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya Shaariibuu; jika benar beliau tidak mengenali dan tiada apa-apa kaitan, mengapa beliau memberi komen sebegini?
"Dan adakah beliau mempunyai maklumat lebih dari apa yang diketahui umum tentang perlakuan Sirul sehingga dapat memberi kesimpulan sebegitu?" kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil (atas).

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata ulasan Najib selaku menteri kewangan turut mencetuskan persepsi umum bahawa "ada sesuatu yang tidak kena" di dalam kes itu.

"Sama seperti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya juga berharap pihak berkuasa tidak akan berlengah untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, MP Gelang Patah Lim Kit Siang berkata kenyataan Najib itu tidak boleh membersihkan namanya dan membayangkan beliau tahu keadaan yang membawa kepada pembunuhan Altantuya oleh Sirul dan rakannya Azilah Hadri.

"Adakah Najib bersetuju bahawa ia adalah kelemahan besar keadilan jika Sirul dan Azila dihantar ke tali gantung manakala dalang pembunuhan Altantuya yang mempunyai motif untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dibenarkan bebas begitu saja," katanya./malaysiakini

Tiada ulasan: