"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Bapa Ikat Bayi Berusia Sebulan Pada Stereng Kereta Yang Dipandunya


TAIWAN: Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayi kecil yang berusia sebulan ke stereng kereta dan kemudiannya menggerakkan steering tersebut. Adakah dia fikir ia satu gurauan?

Dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu, ayah bayi berkenaan, Yong Liao, 39, dilihat memusingkan stereng dengan perasaan gembira selepas mengikat bayinya pada stereng kereta yang dipandunya.

Lebih malang ibu kepada bayi, Xia Lung sempat merakamkan aksi yang disifatkan sebagai gurauan dan kemudiannya memuat naik rakaman video tersebut ke laman sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika dia berada di stesen minyak di Miao. Selepas tindakan mereka dikritik oleh orang ramai, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet.

Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.

Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan.

“Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun. -metro.uk
-mstar-

Tiada ulasan: