Sunyi rasanya bila TGNA sudah pulang ke pangkuan Penciptanya dialam yang baru. Ditinggalkan jasadnya dibumi untuk dikenang oleh kita akan jasa dan kebaikkannya dan diangkat rohnya kehadrat Ilahi untuk dihisab akan setiap amal yang telah dilakukan dibumi.
Besar tanggungjawab TGNA dalam melayari hidupnya yang dipenuhi dengan beban galas sebagai ketua keluarga, ketua masyarakat dan juga ketua bagi sebuah negeri iaitu kelantan. Walaupun insan ini bertubuh kecil dan lemah, akan tetapi dengan berkat ilmunya, beliau diangkat begitu tinggi dimata manusia sehingga satu dunia merasai kehilangannya diatas muka bumi ini. Dikhabarkan dimerata dunia melakukan solat sunat jenazah ghaib khas untuk TGNA. Allahuakbar, hebat sungguh insan yang bernama TGNA ini.
Begitupun kehebatan TGNA dimata manusia, cara perjalanan beliau ke alam barzakh tetap sama seperti kita yang daif ini. Beliau juga wajib melalui fasa dicabutnya roh dari badannya dan mayatnya juga perlu ditanam seperti juga kematian kita dan juga kematian orang bukan islam juga. TGNA juga wajib dimandikan mayatnya,di kafankan serta disolatkan jenazahnya dan akhirnya ditanamkan di dalam tanah seperti kita semua.
Cuma yang membezakan antara kita dengan arwah TGNA adalah amalannya. Bagaimana kita datang kebumi ini adalah sama seperti semua insan diatas dunia ini yang semuanya lahir dari perut ibu yang dicintai yang merasai sakitnya mengeluarkan kita dari rahim yang mulia itu. Yang hanya membezakan kita semua adalah bagaimana kita mengakhirkan hayat kita samada dalam iman ataupun dalam kekufuran.
Selepas sahaja dikebumikan jenazah TGNA, dah setelah 7 langkah terakhir oleh orang yang terakhir meninggalkan pusara beliau, maka bermulalah tugas malaikat mungkar dan nangkir menyoal 5 soalan yang juga sama soalannya yang akan ditanya kepada kita nanti. Soalan ini tidak akan berubah sedikitpun walau siapa kita diatas muka bumi ini. Dan soalan ini 'bocor' sejak 1400 tahun yang lalu semenjak Baginda SAW memberitahunya kepada sahabat-sahabatnya.
Apakah soalan yang bakal ditanya kepada allahyarham TGNA? Soalan itu semua orang islam yang berilmu mengetahuinya. Dan soalan itu adalah yang pertama berkenaan dengan SOLATNYA. Adakah almarhum TGNA sorang sahaja yang ditanya berkenaan dengan solat itu? Kita yang kerdil ini juga ditanya soalan yang sama.
Apakah yang membezakan soalan itu ditanya antara TGNA dengan kita? Bezanya adalah cara ianya dijawab. Untuk TGNA, aku pasti soalan itu akan dijawab oleh amalnya dengan penuh lancar tanpa sangkut-sangkut, tetapi untuk kita, belum tentu amal dapat menjawabnya selancar amal pada TGNA.
Kenapa SOLAT mesti ditanya dahulu bukan sedekah, bukan zakat, bukan haji dan sebagainya. Tiada siapa yang mengetahui jawapan khusus kenapa mesti pada SOLAT sebagai permualaannya. Mungkin pada aku yang kurang malah cetek ilmu ini menjawab, selain solat itu tiang agama, hanya perintah solat sahaja yang tidak perlukan kekayaan untuk melakukannya. Aku yang seadanya ini boleh melakukan solat sesenangnya dan orang kaya malah sultan sekali pun mampu melakukanya tanpa perlu berkereta mahupun kapal terbang untuk mendirikan solat.
Sedangkan untuk melakukan sedeqah, zakat, haji, puasa malah yang lainnya terkhusus untuk orang2 tertentu yang diarahkan oleh Allah. Untuk sedeqah zakat dan haji, orang miskin bagaimana pula harus menjawabnya sedangkan mereka tidak mampu untuk melunaskan perintah-perintah tersebut. Hanya kefardhuan SOLAT sahaja yang merentasi latar belakang manusia yang Allah adalah Tuhannya. JAdi itulah keadilan Allah kenapa SOLAT mesti ditanya dahulu sebelum soalan lain mendatang.
Bagi TGNA, bila soalan SOLAT dengan mudah dijawab olehnya tidak untuk kita, maka soalan2 yang lain sudah menjadi mudah baginya. Ini kerana yang menjawab soalan malaikat itu bukan mulut beliau tetapi amal2 baik beliau yang terlalu banyak semasa hayatnya dibumi dahulu. Apakah para malaikat akan menang dengan soalan yang disediakan sedangkan amalnya sudah membentengi jasad TGNA sepenuhnya tanpa perlu diapa-apakan oleh malaikat tersebut.
Terkadang tersentap bila mendengar 'neraka wel bagi orang yang bersolat'. Kenapa dengan bersolat yang Allah perintahkan tapi Allah ugut dengan neraka pula? Adakah bercanggah antara suruhan dan juga ancaman dalam satu perkara yang sama?
Rupanya arahan bersolat itu bukan setakat pergerakkan yang kita biasa lakukan dalam solat yang kita lakukan setiap hari, malah ianya jauh lebih tinggi pengajian yang wajib kita telusuri.. Adakah ketika kita bersolatkan berimamkan TGNA dahulu kualitinya sama? Adakah TGNA akan dapat 27 pahala solat berjemaah sama seperti kita? Jauh panggang dari api jawapannya. Cara SOLAT TGNA jauh lebih baik dari cara solat kita walaupun kelihatan sama pergerakkannya dimata orang lain. Disinilah ilmu yang memisahkan kita dengan TGNA.
Dikhabarkan bahawa Saidina Ali KW, yang anak panah tercacak dikakinya mengarahkan para sahabat yang lain mencabutnya ketika beliau bersolat. Sedangkan untuk kita pula, wajib menyuntik ubat bius jika perkara yang sama berlaku pada kita. Adakah saidaina Ali tidak rasa sakit ketika dicabut panah itu semasa solat? Sedangkan nyamok yang menggigit kita dilengan pun sudah menampar2 akan kita dalam solat. Jauhnya kualiti solat orang beriman serta berilmu berbanding kita ketika ini.
Anak2 kita yang lemah math, kita hantarnya belajar dikelas tambahan diwaktu malam, begitu juga dengan English dan juga sains. Ilmu2 wajib kita pelajar kerana keperluan semasa kita. Tapi anak2 kita dan juga diri aku sendiri yang lemah menguasai SOLAT tidak pula kita pergi kelas tambahan untuk memperbaiki cara solat kita sebaiknya.
Akhirnya, bila kita berjaya 'tackle' soalan berkenaan SOLAT di kubur nanti, seterusnya kita akan berehat dengan tenang di alam barzakh menunggu hari kiamat yang sebenar berlaku. BUkan sekejap masa yang diperuntukkan utk kita didalam kubur itu, jika kuburan kita itu menyeksakan, sanggupkah kita duduk dalam kubur itu selama setahun? Bagaimana dengan orang-orang dizaman firauan yang sudah 5000 tahun dialam kubur?
Untuk mendapatkan SOLAT berkualiti, hanya dengan mengikuti cara solat Baginda SAW sahaja. Belajarlah dengan yang pakar berkenaan solat Baginda SAW dan janganlah kita memandai dalam hal solat ini. Jangan direka solat mengikut kehendak kita kerana Allah berjanji akan memasukkan orang-orang yang bersolat kedalam neraka wel iaitu orang yang main-main dalam solatnya.
Untuk pengetahuan bahawa, kita sebenarnya kehilangan sorang yang pakar dalam teknik2 solat yang betul yang sanadnya sampai ke Rasulullah SAW iaitu TGNA. Oleh itu carilah pakar2 SOLAT yang masih ada dibumi Malaysia ini sebelum mereka juga dijemput oleh Allah suatu hari nanti.
Sama-sama kita belajar TEKNIK-TEKNIK SOLAT yang benar demi menjawab soalan pertama Malaikat munkar dan nangkir .
Aku rindu murabbi ku TGNA.
Md Daud Yusri Fie Alhutan Melintangi
www.dadiydoo.com II www.dakarcher.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan