"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu

Kemenangan kumpulan ulama koservatif dalam barisan kepimpinan PAS dipengaruhi Umno, kata bekas timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
"Semua agensi media pro-Umno seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

Kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, media Umno bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan baru (ulama), manakala kumpulan profesional atau yang pro-Pakatan Rakyat tidak diendahkan.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," ujarnya.

Mohamad adalah seorang daripada 'korban' kumpulan ulama konservatif yang menguasai semua peringkat kepimpinan parti itu selepas PAS mengadakan muktamarnya dua minggu lalu.

Turut senasib dengan Mohamad ialah Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Meraka adalah antara pemimpin yang menggerakkan perjuangan PAS sejak 2008 tetapi ditenggelamkan oleh kumpulan ulama konservatif di Kuala Selangor awal bulan ini.

"Ini adalah barisan pemimpin yang aktif, terkenal dan sering dijemput untuk menghadiri ceramah, forum, malah menghadiri majlis dialog gereja, yang dianjurkan oleh orang bukan Islam atau Pakatan," katanya.
-malaysiakini-

1 ulasan:

Zack berkata...

Hai tak habis2 lagi meroyan sejak kalah hari tu. Inilah sebabnya bila banyak sangat makan babi dengan Guan Eng sampai jadi macam ni. Pi balik bau xxx mah tu mungkin dapat ditenangkan.