Sebuah video yang memaparkan seorang wanita tua yang sedang menyapu sampah di hadapan rumah di Singapura yang kemudiannya ditampar berulang-kali oleh anaknya mula viral di media sosial Facebook sejak semalam.
Menurut maklumat, video yang dimuatnaik oleh pengguna Apoh Tecky Numero atau nama sebenarnya Mohd Juani Ali, wanita tua itu, sebelum ini adalah seorang ibu yang ceria namun bertukar menjadi pemurung selepas dikasari anaknya. Malah, dakwanya, kepala ibu itu juga dibotakkan dan kelihatan kesan lebam di mukanya, dipercayai akibat dipukul.
Tindakan Juani itu menerima pujian ramai pihak, sehingga Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura mengambil tindakan segera menyelamatkan wanita malang itu dan anaknya ditahan bagi siasatan lanjut.
1 ulasan:
Baguss pihk berkuasa S'pura .. selamatkn ibu malang itu dan sumbat anaknya dlm sel yg penuh dengan tikus
Catat Ulasan