"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YB PAS diugut dengan bai'ah jika sertai GHB

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah (sumpah janji setia) jika berhasrat mahu meninggalkan atau keluar parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat tersebut "menerima amanah" daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama PAS.

"Bai'ah ini tidak boleh dilanggar. Mereka telah mengambil daripada PAS, bukan memberi kepada PAS.

"Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS. Selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah," tulis beliau dalam Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dibuat di kala rancangan kumpulan progresif dalam PAS - sebahagian mereka menjadi wakil rakyat - yang tekad mahu menubuhkan parti baru selepas disingkirkan pada muktamar bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat parti itu yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

"Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai'ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani.. No hal," katanya yang juga anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun Nik Abduh berkata bai'ah ahli PAS kepada parti itu boleh ditarik balik jika mereka mahu keluar parti.

"Ia bermaksud ahli memberi kesetiaan mereka kepada PAS," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

"Bai'ah ini boleh ditarik balik jika ahli itu mahu keluar PAS. Itu hak ahli. Caranya, tanyalah ahli ilmu," katanya lagi.
-malaysiakini-

1 ulasan:

Awanama berkata...

nik bduh. sama aje mcm mertua dia. kat media bukan main mengaum. kat parlimen jd paper tiger. ajak debat kecut, telor pun hilang.

nak elak takliq ni senang aje:

1. ceraikan isteri talak 1.
2. masuk parti baru.
3. rujuk balik isteri.

senangkan? kalau masuk parti baru setelah bercerai, nak talak apa lagi? talak pas ajelah.

kalau rujuk pun, takliq dah terbatal sbb talaq tinggal 2 aje lagi. talaq takliq 3 tu dah tak laku lg...