"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maybank buang pekerja, 90 peratus Melayu - Perkasa

Faiz Zainudin
Ibrahim-Ali_maybank_perkasa_600PETALING JAYA: Bank tempatan terbesar, Maybank, didakwa membuang pekerja-pekerja Melayu terutama yang berkhidmat dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Dakwaan itu dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selepas pihaknya menerima aduan daripada bekas pekerja Maybank yang diberhentikan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, seramai 298 pekerja Maybank telah diberhentikan bermula 2008 sehingga kini dengan alasan kakitangan tersebut gagal mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan menawarkan Skim Pencen Awal (ERS) walaupun telah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

“Kami (PERKASA) memandang berat dan minta pihak atasan Maybank tidak lepas tangan apa yang berlaku.

“Berdasarkan aduan yang Perkasa terima, dua orang pegawai yang terlibat memberhentikan pekerja bawahan ini.

“Sama ada sengaja atau tidak mereka berhentikan 90 peratus pekerja Melayu atas pelbagai alasan dan sukar kita dapat terima alasan yang diberikan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Ibrahim berkata, Maybank sebagai bank tempatan sepatutnya mengutamakan golongan Bumiputera kerana mereka berhak mendapat hak-hak istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya bukan rasis , tetapi pihak pengurusan Maybank jangan lepas tangan. Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara patut ambil serius mengenai perkara ini, sila beri perhatian,” katanya.
-fmt-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Kalaulah Public Bank buat macam tu,tak taulah kecohnya. Mungkin hari-hari ada tunjuk perasaan, mungkin ada cawangan bank yang kena lontar batu dan mungkin juga ada kenderaan pegawai-pegawai bank kena bakar. Orang Melayu mesti ingat perkara sebegini telah berlaku berulang-ulang kali. Jangan ingat tuan-tuan selamat sejahtera selalu kalau semuanya dikawal oleh orang Melayu. BELUM TENTU DAN SELALUNYA SUDAH TENTU TUAN_TUAN TERANIAYA!!