FMT Reporters
PETALING JAYA: Perbalahan mengenai mayat Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais mencetuskan kontrovesi baharu selepas dua adiknya mendakwa mayat mendiang telah dibakar.
Charles Suresh, 51, dan David Ramesh, 51, menyelar perbuatan yang dibuat adik bongsu mereka, Datuk Richard Morais, 49 tahun.
Dia dikatakan menuntut mayat abang mereka di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin lalu, hari yang sama abangnya memfailkan permohonan di mahkamah untuk bedah siasat kedua.
Kedua-dua mereka mendakwa mayat mendiang telah dibakar secara senyap.
“Saya sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap Richard. Dia telah melanggar kepercayaan keluarga,” kata Charles yang dipetik daripada Mstar Online.
Rabu lalu, Charles menandatangani surat akuan sumpah pada Rabu, mendakwa hubungan Richard dan Kevin sudah berjauhan selama kira-kira 15 tahun.
Katanya, dia berasa aneh apabila Richard berkelakuan seolah-olah dia sangat rapat dengan Kevin.
Dakwa Charles, beliau percaya perbuatan itu dilakukan untuk memusnahkan bukti baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan