"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Rupanya selama ini penyokong PAS tertipu dengan ;Amanat Haji Hadi'

Pas akui dasar terhadap UMNO sebelum ini silap
PETALING JAYA: Pas mengambil pendekatan konstruktif dalam membina hubungan barunya dengan UMNO.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, langkah itu diambil kerana berpendapat, cara lama yang digunakan sebelum ini tidak sesuai.

“Perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif Pas sebelum ini,” katanya yang dipetik daripada The Terengganu Times.

Katanya lagi, atas matlamat untuk menyatukan umat Islam di negara ini, pendekatan itu telah diubah bagi menggagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan Pas dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi Pas termasuk Presiden dan Mursyidul Am Pas.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya dalam kenyataan media yang dipetik dari portal itu.

Jelasnya lagi, pendekatan baru yang dibuat pucuk pimpinan parti Islam itu lebih terbuka dengan UMNO atas tujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama Islam.

Katanya lagi, perpecahan sesama Islam yang berlaku selama ini merugikan semua pihak.

Sebelum ini, terdapat cadangan daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif untuk menawarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada kerajaan negeri bagi langkah awal perpaduan dua parti itu.

Bagaimanapun, ura-ura itu ditentang hebat Pakatan Harapan (PH) apabila menggunakan media sosial untuk menyerang tokoh Pas
-freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: