"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesyuarat Umno: Akhirnya seorang pemimpin umno dipecat

Umno pecat Hamidah; Muhyiddin dan Shafie selamat

Di tengah-tengah spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan digantung, Perdana Menteri Datuk Seri NajibRazak hari ini mengumumkan bahawa hanya seorang ketua wanitabahagian yang dipecat.

Najib yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan displin parti.

“Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin.

"Perkara lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.

Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambutkepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga lantang membidas Najibdan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.

Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presiden dan naibpresiden, tidak hadir pada mesyuaratyang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: