"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Bekas sami Buddha kini model pakaian dalam (Gambar)

Mimi1
Thailand: Pelik tetapi benar, namun inilah yang terjadi kepada Mimi Tao, 23, yang merupakan bekas sami buddha di Thailand kini bergelar model pakaian dalam yang ternama di Thailand.

Mimi telah dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di Khon Kaen, Thailand. Berbeza dengan adik-beradiknya yang lain, dia telah dihantar oleh keluarganya untuk mendalami ilmu agama di sebuah kawasan pedalaman. Pada waktu itu, kepalanya telah dicukur dan dia telah menjalani kehidupan biasa sebagai seorang sami buddha.

Namun, Mimi tetap dengan pendiriannya ingin menjadi seorang wanita. Dia sering melakukan latihan catwalk, memakai mekap dan lebih teruk, dia telah mengamalkan pil perancang kehamilan untuk membolehkan tubuhnya menghasilkan hormon wanita.

Tambahnya lagi, setelah 6 tahun meninggalkan kuil (tempat dia dihantar mendalami ilmu agama), dia telah berhijrah ke Pattaya dan Bangkok. Di sana dia bekerja sebagai penari kabaret sebelum berjumpa dengan supermodel terkenal, Rojjana “Yui” Phetkanha.

Yui telah ‘mendidik’ Mimi dengan memberikan latihan catwalk, teknik posing dalam gambar dan beberapa lagi skill yang diperlukan oleh seorang model.

Kini Mimi merupakan nama besar dalam industri di Thailand malahan namanya turut dikenali di beberapa negara Asia lain. Mimi menambah lagi, “Tiada siapa dapat meramalkan tentang masa depan, saya mungkin akan kembali menjadi seorang sami buddha apabila saya sudah berjaya mencapai segala keinginan saya.”
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: