"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat artis ditemui separuh bogel dalam kotak (Gambar)

Murder1
Mumbai: Mayat seorang artis terkenal dan peguamnya ditemui dalam keadaan tangan diikat dan separuh bogel di dalam parit di Kandivli, Mumbai.

Dua mayat itu dikenal pasti sebagai Hema Upadhyay, yang terkenal dengan karya fotografi serta arca dan peguamnya Harish Bhambhani. Menurut sumber polis, kedua-dua mayat itu ditemui petang Sabtu (waktu tempatan) dalam kotak kadbod dan dipercayai dicekik.

“Kedua-dua mayat yang diikat dan dibungkus sebelum dijahit di dalam kotak itu, sudah dihantar untuk bedah siasat,” kata timbalan pesuruhjaya polis Dhananjay Kulkarni.

Mayat berkenaan dilaporkan tidak reput, seterusnya menimbulkan spekulasi dibunuh dua hari lalu.

Seorang tukang sapu menghubungi polis selepas menjumpai kotak berkenaan dalam parit berdekatan sebuah tempat pembakaran mayat di kawasan Dhanukar wadi.

Sementara itu, timbalan pesuruhjaya polis Vikram Deshmane berkata, pihaknya menyiasat kes itu, namun belum ada suspek dikenal pasti.

“Laporan bedah siasat akan mendedahkan punca kematian selain jika terdapat sebarang kesan kecederaan pada mayat.”

Hema pernah memenangi anugerah kerana hasil seninya, selain penerima biasiswa kebangsaan daripada kementerian sumber manusia. Karyanya pernah dipamerkan di peringkat antarabangsa, termasuk Muzium MACRO di Rom pada 2009.

Pembantu rumahnya Hemant Mandal membuat aduan polis pada Jumaat lalu selepas artis berusia 42 tahun itu tidak pulang ke rumah pada lewat malam.

Dia turut menghubungi saudara-mara dan rakan serta bekas suaminya Chintan di New Delhi.

“Hema ada menghubungi saya sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat lalu supaya tidak menunggunya untuk makan kerana dia akan makan malam di luar,” kata Hemant.

Sementara itu, keluarga Harish, 65, turut memfailkan aduan kepada pihak polis selepas dia tidak pulang ke rumah.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: