"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Perdana Menteri lebam ditumbuk remaja

Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy diaibkan di khalayak ramai oleh seorang remaja lelaki hari ini.

Dalam kejadian di Pontevedra, Galicia itu Rajoy sedang berjalan di tempat awam apabila remaja berusia 17 tahun itu tiba-tiba menerpa dan menumbuk mukanya

Serangan itu menyebabkan cermin mata Rajoy pecah.

Sumber Parti Popular - yang berhaluan konservatif - memberitahu Rajoy dalam program melawat orang ramai sebagai sebahagian daripada kempen menjelang pilihan raya hujung minggu ini.

"Remaja itu menghampiri Rajoy dan melepaskan tumbukan, menyebabkan cermin matanya pecah.

"Bagaimanapun Rajoy dalam keadaan baik dan meneruskan kempennya di bandar Pontevedra," katanya.

Sementara itu sumber polis memberitahu, seorang remaja ditahan dan sedang disiasat.

Rakaman video menunjukkan seorang remaja berjaket hitam melepaskan tumbukan ke kiri muka Rajoy sebelum dia diberkas.

Sekeping gambar selepas insiden itu pula menunjukkan ada kesan merah pada kiri muka dan leher Rajoy.

Kempen kali ini dilihat lebih panas daripada biasa apabila Rajoy yang lazimnya tenang, tampil garang mengecam pencabar utamanya, Pedro Sanchez dari parti Socialists.

Apabila Sanchez mempersoalkan integriti Rajoy, beliau menggelar pencabarnya itu sebagai "bedebah".

Dalam perdebatan itu Sanchez bertanya mengapa Rajoy tidak meletak jawatan ekoran dakwaan terbabit dalam rasuah sejak menjadi perdana menteri pada 2011.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: