Muhammad Muhd Taib
Nama saya Muhammad, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Saya menjawat jawatan menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.
Saya menjunjung kasih ke bawah Al Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Al Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang memberi pekenan di atas perlantikan saya selaku menteri besar Selangor pada tahun 1986.
Juga kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia pada ketika itu yang mencadangkan kepada DYMM Sultan Selangor.
Sepanjang perkhidmatan saya selaku menteri besar Selangor selama sebelas tahun, negeri Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi yang amat tinggi sekali berbanding negeri lain di Malaysia.
Purata pertumbuhan tahunannya melebihi 10% setahun. Negeri Selangor senantiasa mencatat pertumbuhan ekonomi yang paling tinggi di sepanjang perkhidmatan saya selaku menteri besar.
Akibat dari itu berlaku kepesatan pertumbuhan dalam pelbagai sektor lain seperti pelaburan (FDI), hartanah, pelabuhan, pengangkutan, trading dan pelbagai perkhidmatan serta sektor2 yang lain.
Guna tenaga meningkat dengan mendadak. Penghijrahan berlaku dari negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak ke Negeri Selangor.
Selangor seolah-olah dibanjiri kedatangan penduduk dari merata tempat dalam Malaysia.
Namun tahap keselamatan berada di paras yang tinggi.
Malaysia berjaya membawa kembali Piala Thomas dalam kejohanan Badminton seluruh dunia.
Pemain-pemain seperti Datuk Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain yang berasal dari Kuala Langat, Selangor menjadi wira-wira badminton seluruh Malaysia.
Sekolah Jenis Kebangsaan China Yoke Chuan, Sekinchan mengeluarkan atlet gimnastik yang hebat-hebat dan mewakili negara.
Kampung Indah di Kuala Langat berkali-kali diistihar sebagai Johan Kampung Contoh seluruh negara. Ramai pemimpin dalam dan luar negara datang melawat ke kampung ini.
Pelbagai institusi pelajaran agama di peringkat diploma dan ijazah di bina seperti yang ada sekarang di Ulu Langat.
Di samping itu, kemudahan beribadat umat Islam seperti masjid dan surau dibina seperti cendawan tumbuh di seluruh negeri.
Penganut-penganut agama lain bebas mengamal kepercayaan mereka masing-masing.
Tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor tahun ini 2015 yg menjadi johan Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan negeri Kedah 2-0.
Tahniah kepada Dato' Menteri Besar selaku Presiden Bola Sepak Selangor.
Pasukan Bola Sepak Negeri Selangor juga pada masa-masa dahulu amat kerap menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Malaysia.
DYMM Al Marhum Sultan Selangor sangat berpuas hati dan selalu berasa bangga diatas kejayaan yang dicapai negeri Selangor dalam pelbagai aspek.
Saya dapat berkhidmat dengan baik di bawah naungan DYMM Al Marhum Sultan bilamana DYMM Al Marhum Sultan Selangor amat kuat membantu kelicinan pentadbiran kerajaan Baginda.
Pentadbiran kerajaan negeri Selangor senantiasa merujuk ke bawah DYMM Al Marhum Tuanku dalam apa juga perkara.
Dan biasanya DYMM Al Marhum selepas Baginda pekenan menitahkan apa-apa juga keputusan kepada kerajaan negeri.
DYMM Al Marhum kerap menitahkan saya datang mengadap ke Istana untuk berbincang dan menyampaikan sendiri arahan-arahan yang Baginda rasa perlu.
Apa juga perkara berbangkit selama sebelas tahun saya mengetuai kerajaan negeri Selangor dapat diatasi dengan baik, penuh berhemah dan bijaksana.
Di samping itu ramai tokoh-tokah korporat dan ahli peniagaan Melayu yang amat gigih lahir dalam masa tersebut.
Kini sebahagian dari mereka sudah bergelar billionaire. Saya berasa amat bersyukur kepada Allah swt kerana dalam masa sebelas tahun saya menjadi menteri besar Selangor perkara sebegini dapat dicapai dengan cemerlang.
Peniaga-peniaga kecil dan sederhana mendapat peluang perniagaan hasil dari pertumbuhan pesat ekonomi yang berlaku pada ketika itu.
Di mana-mana kita pergi orang ramai sentiasa berada dalam keadaan gembira dan mereka berasa megah berada di negeri Selangor.
Ahli-ahli perniagaan dari pelbagai kaum yang lain juga bebas melakukan berbagai jenis perniagaan di Negeri Selangor.
Pendek kata hati dan nurani rakyat amat selesa dan pergaulan antara kaum sangatlah intim dan kemesraan jelas terbayang di wajah-wajah mereka kemana sahaja DYMM Al Marhum Sultan dan saya pergi.
Dengan pekenan DYMM Al Marhum Tuanku, Bandaraya Shah Alam dibina dengan pesatnya dengan sebahagian besar (70%) penduduk terdiri dari orang Melayu/Bumiputera. Begitu juga Bangi.
Saya mencadangkan Shah Alam dan Bangi di jadikan bandar contoh dimana orang Melayu boleh hidup dan berkecimpung di dalam segala aktiviti hidup di dunia moden.
Sebahagian ini berjaya dilaksanakan pada masa itu.
Sebahagian yang lain saya berharap pimpinan pada masa ini dan pada masa akan datang akan dapat meneruskannya.
Saya berasa syukur apa yang dirancang berjaya dilaksanakan.
Saya amat gembira melihat anak-anak muda MELAYU BARU sedang mengatur diri mereka masing-masing untuk hidup dengan bererti di Bandaraya Shah Alam. Cubalah kita perhati dan fahami dengan mata hati.
Walaupun penduduk sebenar yang berasal dari Selangor tak sampai 30 peratus saya menganggap inilah dia Melayu Baru seperti hasrat yang tertulis di dalam buku yang saya tulis berjudul yang sama
"Melayu Baru" pada tahun 1990.
Negeri Selangor berlapang dada dan mahu ikut mencapai cita-cita dan janji Kemerdekaan Negara
1957. Inilah Kebangaan Al Marhum.
Matlamat melahirkan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputra berjaya diwujudkan di Shah Alam.
I can go on and on writing about the progress in Selangor since I took over the MB post in 1986. But of course it was done together with all the dedicated friends in the government servents and political leaders and supporters.
Negeri Selangor mempunyai kakitangan kerajaan antara yang terbaik di Malaysia pada ketika itu.
Dengan kegigihan mereka kita dapat melihat dengan jelas kemajuan dan pembangunan yang amat pesat berlaku di negeri Selangor.
Mereka menjadi facilitator dan kenderaan kepada pihak swasta dalam membantu usaha pihak suasta memajukan negeri Selangor. They facilitate !
Begitu juga pada masa itu lahir tokoh-tokog dalam masyarakat mereka yang berminat dalam bidang masing-masing. Ini juga turut memecutkan lagi kemajuan negeri Selangor sehingga ada yang menggelar Negeri Selangor sebagai Negeri "trend setters". Segala-galanya bermula di Selangor.
Matlamat menjadikan Negeri Selangor pada tahun 1990 sebagai negeri pertama diistihar bertaraf negeri Maju pada tahun 2005 ia itu 15 tahun lebih awal dari Malaysia berjaya dicapai.
Syabas kepada semua pihak yang menjadikan Selangor Negeri Maju 2005 satu realiti. Sekali lagi saya tumpang bersyukur.
Saya juga sering mengadap DYTM Raja Muda Selangor pada masa itu Tuanku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al Haj, yang kini Kebawah DYMM Sultan Sarafuddin Idris Shah ibni Al Marhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan.
Kita hamba rakyat berdoa ke hadrat Allah swt semoga di bawah pemerintahan DYMM Tuanku negeri Selangor akan terus dilimpahi nikmat dan kemajuan yang pesat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan