"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerana markah teruk, anak dicampak dalam sungai (Gambar)

Kerana markah teruk, anak dicampak dalam sungai
Kerana markah teruk, anak dicampak dalam sungai Sedutan rakaman video yang viral di laman sosial.
GUANGDONG - CHINA. Seorang ibu dikecam kerana bertindak keterlaluan kerana mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampak ke dalam sungai, kelmarin.

Menerusi sebuah video viral, wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Wanita tersebut kemudian menolak mangsa jatuh ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali dan menolaknya kembali ke dalam sungai.

Laporan Dailymail mengatakan kejadian tersebut disaksikan leh orang ramai.

Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah mereka.

Beliau kemudian memarahi orang ramai yang berkumpul dan mendakwa mereka 'tidak tahu kesusahan membesarkan anak'.

Kedua-dua beranak kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian.

Difahamkan, sungai tersebut tidak terlalu dalam tetapi mempunyai arus yang laju.
-sinarharian-

Tiada ulasan: