"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki berbogel, serang polis (Gambar)

Lelaki-Bogel
Sydney – Seorang lelaki ditahan selepas berbogel dan menyerang pihak polis dalam sebuah kejadian serangan pada Selasa lalu.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berumur 44 tahun berkenaan juga menjerit ‘Hallelujah‘ dan mengaku dirinya sebagai Jesus Christ.

Kejadian serangan tersebut berlaku pada pukul 8.45 pagi di Dudley Street dan berjaya dirakam oleh seorang pekedai berhampiran.

Dalam rakaman tersebut, anggota polis yang cuba menahan lelaki berkenaan telah ditampar dan ditumbuk di bahagian mulut.

Polis Australia kemudian membawa lelaki tersebut ke sebuah hospital di Banktown untuk pemeriksaan sebelum dilepaskan.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: