"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bangla ditetak anak teman wanita

GEORGETOWN: Seorang lelaki warga Bangladesh parah ditetak oleh seorang lelaki yang juga anak kepada kenalannya dalam satu kejadian di Medan Renong, Jalan Tun Syed Barakbah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 45 tahun itu terus dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang selepas mengalami kecederaan serius dan menerima tujuh jahitan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebaik menerima laporan kejadian berkenaan sepasukan anggota digegaskan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berkenaan bertindak demikian kerana berang apabila mengetahui mangsa menjalinkan hubungan dengan ibunya.

“Siasatan di tempat kejadian menemui sebilah parang yang disyaki digunakan suspek untuk menetak mangsa.

“Malah tidak sampai tujuh jam kejadian berkenaan berlaku polis berjaya memberkas suspek di sebuah rumah pangsa di Sungai Pinang kira-kira jam 3.20 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mior Farid berkata, pemeriksaan polis mendapati suspek yang berusia 24 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kesalahan jenayah kekerasan.

Katanya, suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan," katanya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: