"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tahniah: PAS tunjuk tanda positif ke arah muafakat dengan Umno, kata Najib

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu. 

PAS menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga perdana menteri berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur, malam tadi.

Temu bual itu dikendalikan Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temubual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv

Najib percaya tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan Islam.

"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.

Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, 6 anggota Parlimen daripada PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Manakala 4 lagi ahli Parlimen PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi itu.

Najib juga berkata kenyataan hadi dan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.

Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan Kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam Islam.

"Cuma kita tak b paksa ini berlaku. Ini perlu terbit daripada nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan Umno dan PAS sedar perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya.
-Bernama-

1 ulasan:

otaiblues.blogspot berkata...

tahniah le buat pemimpin pas.terutama tuan presideng. UG bakal jadi kenyataang.
boleh lupus dah amanat HH tu.
terima lah ucapang tahniah najib sebagai permulaan kerjasama pasumno.
harkk tui.