"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak ke mana pun amuk Muhyiddin Yassin

AHMAD AMZAD HASHIM
MUHYIDDIN Yassin, Shafei Afdal dan lain lain buat perhimpunan 5,000 orang semalam di Padang Kelab Selangor konon berkobar kobar nak ubah Umno yang dah terlalu rosak. Mahu Najib direhatkan.sok Umno nak mula perhimpunan Agong. Kita ringkaskan dengan panggilan PAU.
Apa itu PAU? Semua perwakilan sekali lagi akan jadi pak sanggup tukang angguk kepada paymaster mereka. Dah kena 'PAU' semuanya.

Saya bukan nak memperlekehkan Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdhal. Atau Tun Mahathir serta Ahmad Said yang kuat menyokong mereka. Mereka mungkin tak lekeh. Pendekar semua tu.
Tapi rata-rata perwakilan Umno memang lekeh pun. Mereka akan jadi burung kakak tua. Retorik ke laut. Janji nak tranformasi dah sejak bila? Semakin buruk adalah jadinya hingga kita catat rekod dunia hodohnya urus tadbir di Malaysia dengan skandal memalukan 1MDB dan derma ke akaun peribadi RM2.6 Billion yang pecah rekod dunia.

Hangat-hangat tahi ayam.

Tengoklah esok.

Tak ada apapun yang akan berlaku.

Muhyiddin Yassin, Shafie Afdhal, Tun Mahathir, cuma akan jadi bahan ketawa sahaja di mata rakyat. Konon orang sekeliling akan setia dokong perjuangan mereka.

Kena 'PAU' juga esok lusa.

Orang orang seperti Ahmad Said yang konon akan gegarkan Terengganu. Nak menentang 'kemungkaran' Umno Terenggganu? Tak ada pun...Sejuk macam musim hujan.

Pemimpin Umno sampai bila-bilapun takkan berjaya baiki Umno yang Tun Mahathir sendiri dah banyak tahun kata Umno berpenyakit buruk sudah sampai ke usus. Tak boleh diselamatkan dah. Dia doktor. Dia tahu apa dia cakap. Macam bila doktor beritahu kanser dah tahap empat...

Zahid Hamidi yang kini orang nombor dua dalam Umno. Bukankah dia dulu bagai tulang belakang kepada Anwar Ibrahim? Kena 'PAU' juga.

Ini pula generasi baru pemimpin Umno yang jadi perwakilan. Dalam kepala sejak mula langkah berpolitik, sudah dilingkungi kawan-kawan kroni yang mencongak projek mana, komisyen berapa, kereta baru, rumah besar?

Prinsip, dasar, perjuangan hanya retorik untuk membuai perasaan sahaja.

DEB sejak 1970 setiap tahun dibelanjakan ratusan billion dengan pelbagai Rancangan Malaysia (RM) Pertama, Kedua, Ketiga sampai sekarang dah RM ke sebelas. Angka-angka petunjuk utama kedudukan orang Melayu, jurang antara kaum, jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dengan yang kaya, tidak jauh bezanya dengan berpuluh tahun yang lalu. Rancangan Malaysia (RM) hanyalah Ringgit Malaysia untuk Umnoputra dan Alibaba yang memperkudakan status bumiputera.

Majoriti usahawan Melayu yang gigih, berwibawa, pengalaman puluhan tahun, rekod cemerlang penyiapan dengan tempoh masa dan kualiti. Mereka tetap juga tersisih. Kena berpuas hati dengan sekadar jadi subkontraktor kepada kontraktor utama dari kalangan kroni. Itupun dengan “akurjanji” macam-macam kepada si fulan dan si fulan. Lagi teruk jadi sub atas sub atas sub...

Kekayaan negara berlegar dalam kalangan beberapa peratus elit yang rapat dengan Umno-BN.

MRT RM80Billion, Cyber City Centre RM11Billion, KLIA Aeropolis RM7Billion. Untuk tiga projek ini sahaja yang sedang berlangsung dan ada dalam belanjawan, kerajaan timbun wang ringgit negara hampir RM100 billion di lokasi yang lingkungan berdekatan yang sama.

Rakyat di situ boleh merasa. Populasi bandar yang rata-rata dikuasai kaum bukan melayu. Peluang niaga, jadi juruperunding, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan. Nilai hartanah yang meningkat lipat ganda. Tanah siapa? Bukan milik orang kita.

Negeri-negeri lain terus terima peruntukan ala kadar. Terutama negeri pantai timur. Dhaif serba-serbi. Rakyat merantau ke Lembah Kelang cari peluang kerja. Sebab wang negara kerajaan campak ke sana bertimbun timbun rangsang pelbagai peluang. Negeri sendiri tiada peluang. Buka kedai, pasaran tak seberapa.

Ooo... kerana Lembah Kelang populasinya besar, cukai banyak dikutip di sana. Banyak syarikat besar di sana buat untung. Banyak orang kaya di sana pendapatan peribadi besar-besar. Mereka yang bayar cukai banyak. Kata mereka.

Cuba timbunkan belanjawan puluhan billion di Kelantan atau Terengganu. Buat projek seperti MRT, KLIA Aeropolis, Cybercity Centre, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Sepang, KLCC, PKFZ, Double tracking, OPV yang RM 29 Billion.

Sama sahaja. Orang akan berduyun-duyun ke Kelantan dan Terengganu pula. Peniaga banyak peluang niaga. Banyak peluang kerja. Nilai hartanah lipat kali ganda. Maka cukai akan banyak datang dari Terengganu dan Kelantan pula.

Justifikasi kerajaaan boleh cari. Umpamanya tetapkan dasar agar semua urusan dasar, operasi, contracting, industri huluan dan hiliran bagi Industri Petroleum mesti di Terengganu misalnya.

Semua yang orang duk bertumpu buka pejabat di KL untuk berurusan di KLCC dengan Petronas kena ke timur pula.

Urusan Petroleum mesti di negeri yang jadi sumbernya. Itu yang dibuat di luar negara. Kita sahaja yang pelik.

Urusan bina platform cari gali, mesti di Terengganu dan Kelantan atau Sabah dan Sarawak. Mengapa ke Johor atau Kelang atau Lumut Perak? Urusan loji penapisan petroleum, mengapa sampai ke Sungai Udang Melaka dan Port Dickson Negeri Sembilan? Urusan institusi seperti universiti petroleum, mengapa ke Perak?

Industri plastik, komposit yang berasaskan polimer, sepatutnya sekitar industri petroleum. Sebab ia berasaskan produk petroleum.

Masalah dengan Umno, mereka bercakap nak perjuangkan nasib orang Melayu, tapi negeri yang paling tinggi peratus Melayunya seperti Terengganu yang 97% Melayu dan Kelantan yang 95% Melayu, paling teruk didiskriminasikan pembangunan.

Lebuhraya Pantai Timurpun kena dibiayai 40% oleh wang negeri walaupun sepatutnya dibiayai pusat. Itu pun projek 10 tahun baru siap dengan pelbagai kecacatan hingga kadar kemalangan dan kematian yang menggerunkan. Ada hati nak salahkan 'hantu'!.

Tengok sebelah pantai barat, setiap tahun belanjawan ada sahaja lebuh raya baru, flyover baru.

Sampai bila negara nak kena buli angkara pemimpin pemimpin Umno yang mudah di 'PAU' ini?

Kelihatan nyata, PAS semakin jelas ketegasannya dalam prinsip dan dasar perjuangan yang tiada komprominya. Sekalipun mengambil risiko kehilangan rakan tahaluf yang syaratkan PAS gadai prinsipnya.

Soal kedudukan dan kesucian Islam. Kepentingan orang Melayu. PAS tidak akan kompromi.
-detikdaily-

Tiada ulasan: