"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Zahid Hamidi beri amaran kepada Muhyiddin Yasssin

Jangan jadikan perhimpunan malam ini platform pecah belah, kata Zahid kepada Muhyiddin
Perhimpunan yang akan dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasssin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini diharap tidak akan menjadi platform yang boleh memecah-belahkan keharmonian parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015.
Perhimpunan yang akan dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasssin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini diharap tidak akan menjadi platform yang boleh memecah-belahkan keharmonian parti. 

Perhimpunan yang akan dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasssin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini diharap tidak akan menjadi platform yang boleh memecah-belahkan keharmonian parti.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun perhimpunan itu dibenarkan daripada aspek perundangan namun daripada sudut tataetika parti, ia tidak harus diadakan di luar Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok.

"Saya faham tokoh atau individu berkenaan tidak ada ruang secukupnya untuk melontarkan pandangan sehingga menjadikan perhimpunan itu sebagai alternatif untuk memperjelas, mempertahankan isu yang dirasakan mereka harus dibuat kepada kumpulan atau individu yang bersimpati.

"Namun, pada hemat saya individu dan penganjur tidak berhasrat jadikan Umno berpecah tetapi hanya untuk melontarkan pandangan yang harus didengar kami pimpinan dalam kerajaan serta Umno,"katanya.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perundangan dan Menteri Penasihat kepada Perdana Menteri Australia bagi Menangani Keganasan, Michael Keenan hari ini.

Zahid menegaskan ahli Umno seharusnya menggunakan Perhimpunan Agung Umno iaitu perhimpunan terbesar parti sebagai medan melontarkan pandangan dan bukannya memilih platform lain.

"Jadi, saya fikir eloklah jika dapat kita (ahli Umno) tidak bersama-sama pada perjumpaan itu kerana ia memberikan gambaran seolah ada serpihan yang sedang berlaku dalam parti," katanya.

Ditanya kesan perhimpunan itu kepada Perhimpunan Agung Umno, Zahid berkata Umno sudah berpengalaman berdepan situasi sedemikian seperti ketika era pertembungan Team A dan Team B dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan timbalan perdana menteri. – Bernama
-malaysianinsider-

1 ulasan:

JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA