"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Buai tumbang: Lesen perniagaan fun fair digantung

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung lesen perniagaan pesta ria di PD Waterfront hari ini selepas tragedi buaian besar tumbang, tengah malam tadi.

Yang Dipertuanya, Datuk Ab Khalid Mat berkata, selain penggantungan tersebut, pihaknya turut meminta laporan lengkap dikemukakan oleh penganjur.

Dalam kejadian sama turut mengakibatkan dua lelaki cedera ringan.

Sementara itu, wakil operator pesta ria yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, apa yang berlaku adalah kemalangan yang sama sekali di luar jangkaan pihaknya.

Menurutnya, pesta ria berkenaan mula beroperasi sejak awal November lalu dan dijadualkan berlangsung selama dua bulan.

“Setiap hari sebelum memulakan operasi, petugas akan memeriksa semua jentera dan aset bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat.

“Petang semalam petugas di sini melakukan rutin yang sama, tapi mungkin keadaan tanah yang lembap kerana hujan lebat menyebabkan struktur tanah tidak stabil,” katanya.

Alex menambah, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa agar menghentikan operasi pesta ria berkenaan dan sedia memberi sepenuh kerjasama kepada semua pihak berkuasa.
Buai tumbang: Permit operator fun fair digantung
Wanita tersepit di buaian fun fair
Wanita cedera selepas tersepit ditempat duduk buaian fun fair di PD Waterfront ‎tengah malam tadi.
PORT DICKSON - Seorang wanita cedera selepas tersepit ditempat duduk buaian fun fair di PD Waterfront ‎tengah malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12tengah malam itu turut mengakibatkan dua lelaki cedera ringan.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat berkejar ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.
-sinarharian-
------

Buaian besar yang tumbang di pesta ria di PD Waterfront, 12 tengah malam tadi. FOTO ihsan pembaca
Port Dickson: Dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit selepas buaian besar di pesta ria di PD Waterfront, di sini, tumbang 12 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang wanita tersepit pada kerusi buaian itu, manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: