"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahathir dedah rahsia Zahid Hamidi

Dr M ingatkan Zahid mengenai pertemuan minta simpati
FMT Reporters
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berasa malu dengan Datuk Seri Zahid Hamidi selepas timbalan perdana menteri itu menimbulkan isu keturunan beliau.

Beliau mengingatkan Zahid mengenai pertemuan mereka yang didakwa berlaku sebelum ini, yang menurutnya untuk meminta simpati dan sokongan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri.

“Saya kata kepada Zahid kalau pun Najib letak jawatan – yang mana itu tak mungkin – Zahid kena tunggu Umno tentukan siapa ganti Najib. Belum tentu Zahid akan ganti Najib.
Advertisement

“Jadi bila nak simpati saya, datanglah. Ini dah tak boleh dapat cari jalan macam ini…saya malu orang macam ini ada dalam Kabinet,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebook PPBM hari ini.

Dipercayai Dr Mahathir merujuk kepada peristiwa yang berlaku semasa beliau masih ahli Umno. Bekas perdana menteri itu meninggalkan Umno pada 29 Februari 2016 kerana pertelagahan dengan pentadbiran semasa.

Zahid dilantik timbalan perdana menteri pada 2015 dengan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan kerana kritikannya mengenai isu 1MDB.

Zahid semalam mengungkit sejarah Dr Mahathir sebagai “berketurunan India”, dan mengumumkan butiran kad pengenalan yang tertera “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.

“Patut lah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty,” kata Zahid semasa berucap menutup Mesyuarat Perwakilan Umno Kelana Jaya.
Menurut Zahid, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara memberikan maklumat itu kepadanya.

“Orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu. Bila habis madu, sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,” kata Zahid.

Timbalan perdana menteri berkata demikian selepas Dr Mahathir dalam satu lagi klip video yang disiarkan PPBM menegaskan beliau tidak akan kembali ke pangkuan Umno, walaupun Datuk Seri Najib Razak ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir hari ini mengakui terkejut dengan tindakan Zahid yang memberikan asal usul beliau yang berbeza dengan apa yang diketahui umum.

“Dia tidak boleh tunjuk kad pengenalan yang dia kata warna biru itu. Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, saya masih dalam universiti pada amsa itu. Kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah. Jangan nak sembunyi.”

Tiada ulasan: