"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri Agama berharap dijaga dari golongan yang dengki

MALAYSIA DATELINE

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agma) yakin “selama mana seorang itu ikhlas berkhidmat, maka ia akan bahagia kerana Allah akan menjaganya daripada keburukan orang yang hasad dengki.”

Namun catatan dhuha beliau semalam dijawab oleh rakan-rakan beliau agar beliau sebagai menteri agama berusaha untuk membolehkan solat di masjid semula selepas kerajaan membenarkan Langkawi dikunjungi semula oleh pelancong bukan mendakwa orang dengki kepada beliau.

Dalam pilihan raya umum lalu Idris tewas di Parlimen Bukit Gantang apabila mendapat hanya 16,052 iaitu ditempat ketiga berbanding dua calon lagi yang mendapat undi lebih banyak dari beliau.

Namun beliau kemudiannya dilantik sebagai senator dan seterusnya menjadi menteri.

Reedzm Abdullah menulis, “Tak kesahlah ikhlas ke tak, Allah lebih mengetahui.. umat Islam nak tengok apa tindakan menteri untuk melonggarkan sop masjid supaya mudah umat Islam beribadat.”

Halim Sp pula menulis panjang kepada Naib Presiden Pas itu selepas kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan membenarkan pelancong ke Langkawi.

“Flight 159 orang vs Masjid 100 orang. Aku berharap kerajaan Pak Long Ismail mengkaji semula SOP masjid.

“Ia sangat kontradik dengan SOP lain yang tidak berkaitan dengan ibadah org Islam.

“Tolong lah.. solat adalah kekuatan ummah, runtuhnya institusi masjid dan jemaah akan runtuhlah agama dan iman umat Islam. Tolonglah!!!!

“Sebagai contoh, dalam kapal terbang boleh pula 159 orang tapi dalam masjid yang besar hanya 100 orang.

“Dalam kapal terbang boleh duduk bersebelahan tapi dalam masjid 1 meter lebih.

“Waktu makan di tempat orang ramai atau di restoran tak perlu tutup mulut tapi nak solat di masjid perlu tutup mulut.

“Fikir-fikirlah adakah apa yang dikata Nabi tidak sesuai dengan zaman atau keadaan.  Wallahualam,” tulis beliau dalam catatan itu.

Ska King pula menyindir beliau dengan berkata, hanya beliau sahaja yang ikhlas sedangkan yang lain semuanya dengki kepada beliau yang berjaya menjadi menteri walaupun kalah dalam pilihan raya.

“Yelah ko sorang je ikhlas…orang lain mane ikhlas,” tulis beliau.

Tiada ulasan: